Hakiem Stopa bawa nilai positif boleh diteladani pelajar

Hakiem Stopa bawa nilai positif boleh diteladani pelajar

Terdapat nilai positif yang boleh diteladani oleh pelajar sekolah daripada pempengaruh media sosial Hakiem Stopa.

Beliau yang popular di TikTok hadir di Sekolah Menengah Sungai Besi pada Isnin lalu bagi berkongsi pengalaman bagaimana dia bangkit daripada kegagalan selepas tercicir daripada pendidikan pada usia 16 tahun.



Menurut Ketua Projek Belia Mahir Mohamad Rizan Hassan, pempengaruh media sosial itu dibawa bertemu dengan pelajar di bawa program ‘Cerita orang gagal’ dengan tema ‘Buli itu jenayah’.

Program tersebut membawa mesej ‘jangan jadi macam saya’ dan ‘jangan pilih laluan saya’.

“Kita hendak sampaikan mesej supaya pelajar tahu mereka ada pilihan. Jika mereka memilih yang salah maka mereka akan melalui jalan yang susah.

“Memang betul Sekolah Henry Gurney melahirkan ramai pelajar cemerlang. Tetapi tak akan kita nak tunggu mereka masuk sekolah itu baru boleh dapat keputusan cemerlang. Itu mesej yang kita hendak sampaikan.



“Program kali ini kita bawa mereka yang pernah jadi pembuli dan mereka yang pernah dibuli. Pembuli yang kita jemput adalah bekas pelajar cemerlang Henry Gurney Emam Sapekri yang mendapat 8A. Hakiem Stopa pula adalah mangsa buli di alam siber,” katanya.

Menurut beliau, melalui program itu pelajar dapat mempelajari kesan menjadi pembuli dan juga orang yang dibuli.

Tambah Mohamad Rizan, Hakiem Stopa dipilih kerana latar belakang pendidikannya yang tercicir dari sekolah tetapi mampu bangkit dan berjaya dalam arus perdana masyarakat.

Belia tersebut juga dipilih kerana bersih daripada aktiviti jenayah berat termasuk dadah.



Katanya, pada masa yang sama belia seperti Hakiem Stopa masih memerlukan bimbingan dan dorongan berterusan daripada masyarakat dewasa.

“Dia sedang mencari orang dewasa yang boleh percayai untuk bimbing dia. Kita sudah biasa dengan belia jadi kita bimbing dan pandu dia seperti penggunaan media sosial secara positif.

“Kita rasa dia perlu untuk tampil di sekolah bagi berkongsi pengalaman tercicir daripada pelajaran, membuat pilihan yang salah. Dia mengalami kemalangan.

“Kita juga hendak dia berkongsi perasaan dengan pelajar apabila menerima kecaman di media sosial atas perbuatan yang salah sehingga dia mengalami tekanan perasaan,” kata Mohamad Rizan kepada MalaysiaGazette.



Dalam program itu, Hakiem Stopa juga berkongsi mengenai kejayaannya dalam bidang perniagaan baju berkaitan permotoran sehingga mampu membeli kereta jenama mewah.

Disebabkan perniagaannya itu, Hakim Stopa dikenali dalam kalangan kumpulan bermotosikal.

Belia itu juga ketika ini sedang merancang untuk membuka salon gunting rambut.

“Keseluruhan memang Hakiem Stopa perlu diperbetulkan. Biasalah anak muda, mana ada yang tak pernah buat salah.



“Cuma sekarang ini saya sebagai orang dewasa perlu menjadi orang yang dipercayai oleh anak muda yang berisiko seperti Hakiem Stopa,” kata Mohamed Rizan.

Tambahnya, kontroversi program itu mungkin tercetus disebabkan ia menjadi popular di TikTok.

Kata beliau, masyarakat percaya bahawa sekolah merupakan tempat yang suci tetapi mereka lupa bahawa sekolah juga merupakan tempat untuk pelajar didedahkan mengenai kehidupan sebenar.

Menurut Mohamed Rizan, program tersebut telah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.



Mereka turut dimaklumkan bahawa Hakiem Stopa turut tampil untuk menceritakan pengalaman yang dilalui. Pihak sekolah katanya, tahu mengenai latarbelakang belia terbabit.

Media sosial hari ini kecoh dengan penampilan Hakiem Stopa disekolah.

Netizen mempersoalkan mengapa belia tersebut dibenarkan masuk ke dalam sekolah dan terbabit dalam aktiviti yang melibatkan pelajar. MG

Hakiem Stopa bawa nilai positif boleh diteladani pelajar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker