Kami berterima kasih dan menyokong kepimpinan Ismail Sabri

Saya asyik terfikir. Pihak pembangkang kami asyik saja buat bising. Mereka membebel tentang segala-galanya…ini tak betul, itu tak betul…semuanya tak betul bagi mereka.

Apa sebenarnya yang mereka ini mahu, terutamanya DAP yang pandai-pandai nak mintak orang turun ke jalanraya dan merusuh terhadap kerajaan.

Apalah yang mereka ini fikir? Ingat tak masa DAP dan PKR diberi peluang memerintah negara? Apa yang mereka berjaya lakukan? Lantik Tun Mahathir menjadi perdana menteri pulak. Lepas itu, asyik saja lawan sesama sendiri. Cukuplah! Tolonglah diam dan beri peluang kepada YAB Perdana Menteri kita menjalankan tugasnya dengan aman dan damai.

Kalau nak sentiasa menyalak, bagilah satu penyelesaian. Turunlah ke Russia dan suruh mereka berhenti berperang dengan Ukraine. Mungkin selepas itu, ekonomi global akan pulih semula dan semua negara pun akan dapat terus berbangkit semula.

Siap sahaja dari pandemik Covid-19, kerajaan kita berdepan dengan krisis global dan walaupun dalam keadaan yang tertekan, mampu juga mereka menyediakan subsidi dan bantuan kepada rakyat.

Apa lagi yang pembangkang mahu? Siapalah yang boleh menyelesaikan krisis global ini?

Bagi pihak majoriti, kami amat berterima kasih dan menghargai segala bantuan dari kerajaan walaupun pada masa yang sukar seperti ini.

YAB Perdana Menteri, tolonglah teruskan usaha anda dan janganlah sekali pun menghiraukan apa yang pihak pembangkang sering bangkitkan.

Bagi pembangkang, mereka ini pandai membebel tetapi tiada memberi penyelesaian langsung.

Kalau bukan YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, siapa lagi yang layak membela nasib rakyat. Lagi satu pihak yang patut berdiam diri ialah kluster mahkamah yang juga sering kali mengganggu usaha-usaha perdana menteri kita.

Mereka ini hanya berfikir tentang kepentingan diri sahaja. Mereka tidak sekalipun berfikir tentang nasib rakyat. Lihatlah berapa berjuta-juta yang mereka dituduh ambil dari rakyat.

Kita berharap Datuk Seri Ismail Sabri akan meneruskan usahanya dan terus membantu negara kita pulih daripada krisis-krisis ini. Kami sangat menghargai segala usaha Datuk Seri dan akan terus menyokong kepimpinan YAB.

Abdul Razak Ahmad
Shah Alam

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos

Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker