Harga minyak boleh menjunam AS$65 setong pada akhir tahun ini
Harga minyak boleh menjunam AS$65 setong pada akhir tahun ini
Minyak mentah diunjur merudum kepada AS$65 setong menjelang akhir tahun ini dan merosot kepada AS$45 menjelang akhir 2023 jika kemelesetan berlaku sehingga melumpuhkan permintaan, menurut amaran yang dikeluarkan Citigroup Inc.
Tinjauan itu berdasarkan ketiadaan sebarang campur tangan oleh pengeluar OPEC+ dan penurunan dalam pelaburan minyak, kata penganalisis termasuk Francesco Martoccia dan Ed Morse dalam satu laporan.
Brent, penanda aras minyak mentah global, kali terakhir didagangkan berhampiran AS$113 setong.
Minyak telah melonjak tahun ini berikutan pencerobohan Ukraine dan bank-bank kini cuba merangka laluannya tahun 2023 apabila bank pusat menaikkan kadar faedah dan risiko kemelesetan meningkat.
Tinjauan Citi membandingkan pasaran tenaga semasa dengan krisis tahun 1970-an.
Pada masa ini, pakar ekonomi bank itu tidak menjangkakan Amerika Syarikat akan mengalami kemelesetan.
“Untuk minyak, bukti sejarah menunjukkan permintaan minyak menjadi negatif hanya dalam kemelesetan global yang paling teruk.Tetapi harga minyak jatuh dalam semua kemelesetan kepada kira-kira kos marginal,” menurut nota penyelidikannya. – Bloomberg
Harga minyak boleh menjunam AS$65 setong pada akhir tahun ini
Baca Artikel Menarik:
- Pemuda Umno sokong gesaan potong elaun menteri, duta khas
- Emma makin seksi, daring
- Farhash tempelak JPP PKR, tak yakin audit forensik
- Tok Mat jawab kritikan digelar gila oleh Karim Hamzah
- Peguam teliti video Syamsul dan Kazar di kedai emas
- Sepatutnya lantik 2 TPM dari PN
- Kes pecah amanah Syed Saddiq: Saksi dakwa terima wang RM250 ribu
- Pemandu Myvi berlagak samseng diburu polis
- Chef Wan disaman!
- Ketua wanita pusat PKR: Rodziah kini tewas kepada anak sahabat Anwar Ibrahim selepas audit dibuat
- Anggap Tajuddin sebagai Kuda Tua, Nur Jazlan kata sesuai dengan PAS
- Apa tujuaan ROS melambatkan permohonan tangguh pemilihan UMNO?
- Zarina Anjoulie kuruskan badan telan belon air kos mencecah RM18,000
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos
Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah
You must be logged in to post a comment.