Baby Shima dituduh lapar perhatian (Video)

Baby Shima dituduh lapar perhatian (Video)

Menari-Nari Sebelah Anjing, Baby Shima Dituduh Lapar Perhatian, Saja Buat ‘Content’ Undang Kecaman

Penyanyi dangdut Baby Shima seringkali dikecam sebelum ini kerana pemakaian dan perbuatannya yang dianggap kurang menyenangkan oleh sesetengah orang.



Kali ini, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, lagi sekali memuat naik video yang mengundang kecaman netizen di TikTok memperlihatkan dirinya dengan seekor anjing.

Dalam video berdurasi 10 saat itu, Shima menari-nari bersebelahan dengan seekor anjing yang diikat dengan rantai seakan-akan kepunyaannya.

Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang sentuhan fizikal antara Shima dengan anjing berkenaan dan mungkin video tersebut dibuat hanya sekadar ‘content‘.

Akan tetapi, perkara tersebut membuatkan ramai netizen seakan-akan memerli tindakan penyanyi dangdut itu dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang ‘lapar perhatian’.



Baby Shima dituduh lapar perhatian (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat



MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos

Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker