Jangan beli air zam zam
Jangan beli air zam zam
Orang ramai dinasihatkan tidak membeli air zam zam yang dijual secara komersial di dalam negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata air berkenaan tidak dapat dipastikan ketulenannya.
“Orang perseorangan atau jemaah tidak dibenarkan membawa balik kerana Kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan mereka membawa keluar air zam zam.
“Bagaimana mereka boleh membawa dengan kuantiti yang banyak,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada 13 keluarga dalam Parlimen Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.
Ahmad Marzuk berkata, hanya Tabung Haji dan agensi pengendali umrah dan haji yang dibenarkan membawa pulang air zam zam bagi pihak jemaah, sebelum jemaah mengambilnya di lapangan terbang.
Media sebelum ini melaporkan, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan memaklumkan, tiada pengedar atau syarikat di Malaysia yang mendapat lesen, bagi mengimport dan menjual air zam zam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi dan termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, dan pengimportan air mineral semula jadi memerlukan lesen punca air KKM, setelah mendapat dokumen pengesahan pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk turut mengingatkan pihak yang mahu mengupah badal haji supaya memilih mereka yang benar-benar tulen, bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
“Jangan terlalu melihat atau memilih harga yang murah kepada kos untuk mengerjakan haji tinggi. Tidak munasabah sekiranya caj untuk badal haji yang dikenakan sangat rendah.
“Setakat ini, kita tidak menerima laporan terperinci berhubung perkara itu, sebaliknya setakat ini hanya dakwaan,” katanya. BH
Jangan beli air zam zam
Baca Artikel Menarik:
- Najib jawab dakwaan Anwar
- Biadap! 12 kedai diarah tutup, promosi arak percuma kepada pelanggan Islam
- Isteri hilang selepas keluar bekerja
- Ismail lancar Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com
- Ekonomi global dan kenaikan harga barang – Dr Akmal Saleh
- Bapa Rogol Anak Sendiri Hampir 12 tahun Hingga Wanita Ini Anggap ‘Ayah Sudah Lama Mati’
- Rakam Video Seks Depan Panorama Indah, Pasangan ‘Buat Projek’ Atas Bangunan The Shard 72 Tingkat
- Daiyan Trisha padam video
- Tok Pa, Mas Ermieyati dan Noor Azmi saman Zahid jika berada dipihak yang benar
- Berkhalwat ketika suami keluar kerja
- Perbuatan kamu lebih teruk daripada binatang
- Kasi makan ayam bukan sebab sayang buaya – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis
You must be logged in to post a comment.