Allee Putra sedia terima tawaran FAM wakili negara

Allee Putra sedia terima tawaran FAM wakili negara

Pemain muda, Allee Putra Azril berkata dia bersedia menyertai skuad bawah umur negara sekiranya mendapat panggilan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pemain berusia 17 tahun yang berlatih bersama Akademi Malaga City di Sepanyol sejak dua tahun lalu berkata setakat ini dia belum mendapat panggilan menyertai skuad muda kebangsaan.

“Bagi saya kalau tawaran atau panggilan itu datang, Insya-Allah saya akan beri semampu yang boleh untuk bermain dengan skuad kebangsaan. Setakat ini tiada lagi (panggilan),” katanya.

Allee dijangka pulang ke Sepanyol bulan depan bagi meneruskan latihan serta mengintai peluang menyertai kelab utama di LaLiga selepas menjadi antara 14 pemain terbaik Akademi Malaga City yang ditawarkan biasiswa penuh bagi musim 2022-2023.

Sebagai rekod, Allee mula menyertai Akademi Malaga City FC pada 2020 dan mendapat sokongan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Selain itu, Allee mengakui berdepan cabaran hebat di Sepanyol termasuk dari segi persaingan dan penerimaan pemain Eropah terhadap pemain dari Asia.

“Ia sangat sukar untuk pemain Asia nak masuk ke Eropah atau pemain antarabangsa sebab mereka pandang pemain Asia ini macam kurang sedikit dari mereka termasuk dari segi fizikal dan mental.

“Tapi Alhamdulillah saya sedikit rapat dengan semua kawan-kawan di akademi, mereka juga tidak memperkecilkan saya,” katanya. BH

Allee Putra sedia terima tawaran FAM wakili negara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker