Berdepan PRU-15, UMNO perlu sediakan pelan B
PELAN A UMNO untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) cukup jelas sekali. Adakan pada tahun ini, kalau bukan September maka November dengan terbubarnya Parlimen selepas pengemukaan Belanjawan 2023.
UMNO percaya ini akan membawa kemenangan besar kerana kesan inflasi masih boleh ditoleransi rakyat, setidak-tidaknya dengan Belanjawan 2023 yang manis.
Juga kerana pembangkang masih tiada hala tuju jelas dan kadar mengundi dijangka masih rendah.
Kemenangan besar bukan sahaja akan menguntungkan UMNO secara keseluruhannya, tetapi juga Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengharapkan peluang mereka akan lebih besar untuk dilepaskan di mahkamah atau istana.
Persoalannya, apa Pelan B jika PRU15 tidak berlaku tahun ini? Adakah UMNO akan terus mendesak Perdana Menteri bermula pada Januari. Kalau tidak dapat, maka Mac, Jun atau Ogos 2023?
Adakah UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (UMNO-di-WTC) dan UMNO di Putrajaya (UMNO-di-Putrajaya) terus berperang dingin sehingga PRU15?
Dapatkah UMNO yang sedemikian rupa menampilkan dirinya sebagai penstabil politik negara? Sekarang sudah pun ada pelabur dan penganalisis pasaran yang khuatir kemungkinan kemenangan besar UMNO selepas PRU15 akan diikuti dengan perang saudara dan episod tikam-menikam.
Itu yang berlaku selepas kemenangan besar UMNO pada tahun 1995 dan 2004, sehingga dihukum oleh pengundi dalam pada tahun 1999 dan 2008.
Nyata sekali, janji UMNO-di-WTC untuk menjadikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai poster boy UMNO pada PRU15 tidak dipercayai kedua-dua pihak.
Jika Ismail Sabri tidak dapat menentukan senarai calon Parlimen UMNO, maka kemenangan besar UMNO hanya akan memendekkan kerjayanya sebagai Perdana Menteri.
Beliau bakal ‘dibersarakan’ sama ada beberapa bulan selepas PRU seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi atau secara serta-merta seperti mantan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.
SPEKULASI
Apa insentif yang boleh UMNO-di-WTC kenakan atas Ismail Sabri untuk mengambil risiko menyingkatkan kerjaya politiknya sendiri? Satu-satunya ialah penolakan Ismail Sabri oleh partinya sendiri.
Kalau begitu, tidakkah lebih untung untuk Ismail Sabri terus berkhidmat sampai Parlimen terbubar pada 16 Julai 2023 daripada ‘dibersarakan’ sekalipun secara terhormat dalam tahun 2022?
Kalau pindaan perlembagaan UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti ke tempoh enam bulan selepas PRU itu ditolak, sudah tentu Ismail Sabri boleh dicabar, malah dikalahkan dalam pemilihan sebelum PRU15.
Tetapi, tidakkah ini bertentangan dengan hasrat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk mengelakkan perpecahan sebelum PRU?
Jadi, apakah Pelan B? Ada yang dispekulasikan bahawa penyingkiran orang Ismail Sabri seperti pemecatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan terus berlaku, malah sampai Ismail Sabri dipecat.
Ini tidak mungkin berlaku kerana Ismail Sabri akan serta-merta diangkat oleh Khemah Besar baharu yang mengandungi Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). Tak mungkin UMNO ingin berikan durian runtuh kepada pembangkang .
Lebih besar kemungkinan ialah perang dingin dan proksi antara UMNO-di-WTC dan UMNO-di-Putrajaya akan berterusan kerana UMNO tiada Pelan B.
Tak kira bila PRU15 berlaku, mustahil UMNO boleh kelihatan penstabil politik negara.
Mungkin UMNO harus fikirkan Pelan B dengan senario PRU15 dalam tahun 2023.
Satu penyelesaian yang mungkin ialah persetujuan untuk Parlimen berlangsung sampai 16 Julai 2023, kabinet dirombak dengan lebihkan perwakilan daripada UMNO-di-WTC, dan pemilihan parti yang adil selepas PRU15.
Ada musim ada waktu,
Untuk kerja untuk main,
Kalau lorong sudah buntu,
Baik cari jalan lain.
Baca Artikel Menarik:
- Puad tawar diri saman Mahathir isu Batu Puteh
- Mahathir sedia tanding PRU15
- Ramai Peminat Teruja Bila Mo Salah, Darwin Nunez ‘Belanja’ Gambar Tak Pakai Baju…
- Jurulatih judo ‘hempas’ pelajar 27 kali sehingga maut
- Mahathir Dedahkan Ahli PPBM Beralih Sokong Parti Pejuang
- Penyamun kaki menghendap dicekup
- Ada hubungan sulit – Mahkamah tolak saman malu terhadap MP Sg Siput
- Hari terakhir potong kuku bagi yang sudah berniat ibadah korban
- Zara Zya tak sanggup bermadu
- Wanita putus kepala diterkam harimau, renjer kerah kawanan gajah buru sang belang
- Warga emas beli kereta mahal secara tunai [VIDEO]
- CCTV suara wanita menjerit tular di TikTok
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar