Tinggal mayat kanak-kanak maut kemalangan, mereka bukan suami isteri
Tinggal mayat kanak-kanak maut kemalangan, mereka bukan suami isteri
TAMPIN: Dua individu yang ditahan polis susulan tindakan mereka melarikan diri dan meninggalkan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun selepas terbabit dalam nahas di Jalan Sungai Kelamah, Jelai, Gemas, pada Ahad lepas disahkan bukan pasangan suami isteri.
Ketua Polis Tampin Anuwal Ab Wahab berkata lelaki itu berusia 30 tahun manakala wanita yang berusia 27 tahun itu merupakan ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia dua tahun berkenaan yang menaiki kereta Proton Iswara pada hari kejadian.
“Kanak-kanak itu tercampak di tengah jalan dan digilis oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti akibat kemalangan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata pasangan tersebut positif dadah menerusi ujian air kencing, selain lelaki itu turut mempunyai rekod jenayah lampau termasuk 14 kesalahan narkotik manakala wanita tersebut mempunyai satu rekod kesalahan narkotik.
Katanya lelaki berkenaan direman selama empat hari bermula Isnin lepas di Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1985 sehingga esok manakala bagi kesalahan mencuri kenderaan pula reman akan dimohon esok manakala wanita itu pula hanya dikenakan reman selama sehari bagi membantu siasatan.
Semalam media melaporkan kedua-dua suspek meninggalkan mayat seorang kanak-kanak lelaki selepas mereka terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 11.30 malam di Jalan Sungai Kelamah, Jelai, Gemas, Tampin, Negeri Sembilan pada 26 Julai lepas.
Kedua-dua suspek difahamkan melarikan diri dari lokasi kejadian menggunakan sebuah kereta pacuan empat roda milik pengguna jalan raya lain yang ingin membantu mereka.
Pasangan itu telah ditahan di rumah mereka di Felda Bukit Jalor pada pukul 4.30 pagi dan polis menemukan dadah dalam kenderaan yang dipandu lelaki berkenaan. FMT
Tinggal mayat kanak-kanak maut kemalangan, mereka bukan suami isteri
Baca Artikel Menarik:
- PAS akan tinggalkan PN
- Anna Jobling dituduhkan promosi ‘soft porn’, maksiat
- Pembuang saka terkenal ditahan kes berkhalwat
- Mat Kilau terus cipta magis, RM16 juta 5 hari tayangan
- Jurutera kasari polis trafik ditahan reman tiga hari (Video)
- Datuk Yusri tipu projek naik taraf jalan raya dicari polis
- Tajuddin anjur kenduri rakyat untuk PM Ahad ini
- Lufya cedera, anak hampir diculik
- Komplot belot Presiden, Tok Mat perlu jawab
- Drama Tajuddin tidak beri kesan pada Zahid dan UMNO
- MP UMNO Jeli, Masjid Tanah & Bagan Serai lompat ke Bersatu demi selamatkan diri
- Mahathir takut berhadapan dengan Apandi Ali, protes keluar pejabat peguam negara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET