Jokowi sedia jadi perantara antara Zelensky dan Putin

Jokowi sedia jadi perantara antara Zelensky dan Putin

Presiden Indonesia Joko Widodo menawarkan diri untuk menyampaikan mesej daripada Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy kepada pemimpin Rusia dalam usaha untuk menjadi pengantara keamanan.

Joko Widodo yang berada dalam rangka kerja ke Ukraine, mengadakan pertemuan dengan Zelenskyy di Istana Maryinsky di Kiev pada Rabu, menurut kenyataan pejabat presiden Indonesia.

Presiden itu yang juga dikenali dengan panggilan mesra Jokowi, mengesahkan pendirian Indonesia dalam menghormati kedaulatan dan integriti wilayah, ketika bercakap pada sidang media bersama dengan Zelenskyy.

Jokowi berkata resolusi damai amat penting walaupun sukar dicapai, dan hasrat untuk mengecapi keamanan tidak boleh luntur.

“Saya menawarkan untuk menyampaikan mesej daripada Presiden Zelenskyy kepada Presiden (Vladimir) Putin, yang akan saya temui tidak lama lagi,” menurut kenyataan itu.

Jokowi bersama wanita pertama Iriana Joko Widodo, termasuk Menteri Luar Retno Marsudi berkunjung ke Poland sejurus selepas pertemuan itu.
Presiden dan delegasi itu dijadualkan berlepas ke Moscow pada Khamis bagi meneruskan misi keamanannya. Awani

Jokowi sedia jadi perantara antara Zelensky dan Putin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker