Yuseri Yusof tidak dibenarkan buat kenyataan di media bagi kes kematian anaknya

Yuseri Yusof tidak dibenarkan buat kenyataan di media bagi kes kematian anaknya

SEREMBAN: Bapa seorang bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa atau ‘Baby Syifaa‘, Yuseri Yusof dikenakan perintah halangan oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini, hari ini untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dalam media sosial dan media berhubung kes kematian anaknya itu sehingga prosiding inkues selesai.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed mengeluarkan arahan tersebut selepas membenarkan permohonan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly dan Pegawai Pengendali inkues, Badius Zaman Ahmad.



Mahkamah turut dimaklumkan hakim koroner yang sepatutnya mengendalikan inkues itu bercuti kerana sedang berkursus.

Pada prosiding kes, Husni membuat permohonan secara lisan bagi mendapatkan perintah halangan ke atas Yuseri yang mana ia difailkan hari ini sebelum diserahkan kepada penama.

“Permohonan ini secara dasar untuk menghalang Yuseri membuat apa-apa komen atau perkongsian di dalam Facebook yang menyentuh peranan dan tanggungjawab mahkamah, Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia bagi memastikan prosiding inkues ini berjalan lancar.

“Sementara pendengaran inkues ini didengar di mahkamah, saya mohon satu perintah larangan sementara bagi menghalang Yuseri membuat apa-apa komen berkaitan inkues ini sehingga satu perintah dikeluarkan mahkamah,” katanya.



Terdahulu, Yuseri hadir di mahkamah bersama isterinya untuk mendengar proses inkues tersebut bersama barisan peguam pemerhati yang mewakili keluarga mangsa iaitu Muhammad Amin Anuar dan Gaithri Thomas.

Yang hadir sama peguam pemerhati mewakili pengasuh pusat jagaan terlibat, Noliana Ali Othman.

Dalam pada itu, Gaithri mempersoal jurugambar polis tidak dimasukkan dalam senarai saksi dikemukakan oleh pihak pendakwaan sedangkan dia adalah antara individu penting dalam prosiding inkues itu yang mengambil gambar Baby Syifaa dan tempat kejadian.

“Kami menerima beberapa salinan senarai saksi yang mana senarai saksi pertama terdapat 28 orang dan kedua ada 10 orang. Bila diteliti senarai saksi itu, kami dapati jurugambar tiada. Saya sudah keluarkan notis kepada pihak pendakwa raya untuk memanggil jurugambar pada tarikh perbicaraan,” katanya.



Mahkamah menetapkan 22 September, 10 November dan 17 November ini sebagai tarikh bicara.

Sementara itu, Yuseri kelihatan berang dengan keputusan mahkamah manakala isterinya dilihat menangis ketika di luar mahkamah selepas prosiding inkues selesai.

Sebelum ini, media melaporkan, Nour Rania Asyifaa, 15 bulan, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari lalu.

Pada 30 Mac lalu, Yuseri mendakwa anaknya dijerut dan bukan meninggal dunia disebabkan kepala terjerut pada kain buaian seperti yang tular dalam media sosial Facebook dan memberi masa dua minggu kepada polis untuk mengemukakan hasil siasatan selanjutnya. Utusan



Yuseri Yusof tidak dibenarkan buat kenyataan di media bagi kes kematian anaknya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor



‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker