TMJ tak faham kenapa Pan Gon pilih De Paula

TMJ tak faham kenapa Pan Gon pilih De Paula

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui tidak faham kenapa pemain yang tiada minit permainan seperti Guilherme De Paula masih jadi pilihan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon.

Tunku Ismail yang juga Pemangku Raja Johor turut menegaskan pengendali dari Korea Selatan itu sepatutnya menyenaraikan pemain yang benar-benar ada minit permainan dan berprestasi tinggi untuk menyarung jersi kebangsaan.

Justeru, bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu berkata, pasukan kejurulatihan Harimau Malaya perlu lebih kerap memantau pemain di semua pasukan dan bukan hanya tertumpu kepada skuad Harimau Selatan sahaja.

“Bagi saya mereka ada pasukan sendiri dalam barisan kejurulatihan (skuad kebangsaan) dan mungkin mereka patut pergi lebih kerap tak kisah ke latihan atau pun setiap perlawanan yang ada.

“Ia bagi mengenal pasti ramai lagi pemain yang berbakat dalam negara, bukan ambil jalan mudah, ambil semua sekali yang dari sini (JDT) sahaja.

“Macam contoh, saya pun dekat sini tidak pakai Guilherme De Paula, dia tak ada satu minit pun permainan di sini. Saya pun tak faham kenapa jurulatih ambil dia dan apa sebab ambil dia.

“Dia (Pan Gon) pun tak beri apa-apa sebab, jadi bagi saya dia perlu ada sikap lebih bertanggungjawab. Bukan setakat ambil sesiapa saja yang datang dari kelab ini, tapi ambil yang betul-betul ada minit permainan atau pun berdasarkan prestasi,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan TMJ atau Tunku Mahkota Johor.

Tunku Ismail berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama penyokong JDT di bilik sidang media Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Tindakan Pan Gon menyenaraikan De Paula dalam skuad akhir 23 pemain di kempen kelayakan Piala Asia 2023 sebelum ini dipertikai beberapa pihak susulan pemain naturalisasi itu tiada minit perlawanan bersama kelab selain dilihat tidak memberi impak besar kepada Harimau Malaya. MG

TMJ tak faham kenapa Pan Gon pilih De Paula


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker