500,000 rumah mampu milik akan dibina menjelang 2025 – Reezal
500,000 rumah mampu milik akan dibina menjelang 2025 – Reezal
KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyasarkan kira-kira 500,000 rumah mampu milik akan dibina menjelang 2025.
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, satu jawatankuasa telah ditubuhkan pada 17 November lepas untuk menyelaras projek tersebut.
Jelas beliau, penyelarasan itu akan dilakukan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) iaitu dari 2021 hingga 2025
Pada sesi meja bulat menteri Forum Bandar Sedunia ke-11 (WUF11) pada Selasa, Reezal Merican berkata, jawatankuasa itu akan memantau pelaksanaan dan penyediaan bekalan rumah oleh 15 agensi pembekalan perumahan selain kementerian, kerajaan negeri dan sektor swasta.
“Malaysia telah memperkenalkan dan melaksanakan beberapa dasar alam sekitar dan sosial yang melangkaui daripada peringkat nasional dan subnasional ke tempatan.
“Ia merangkumi Dasar Perbandaran Negara yang digubal pada 2006 bagi membantu kerajaan tempatan menetapkan hala tuju untuk perancangan dan pertumbuhan bandar di Malaysia,” katanya memetik laporan Bernama.
Baca artikel berkaitan: KJ, Reezal Merican janji bersungguh demi Keluarga Malaysia
Dalam pada itu, Reezal Merican berkata, isu kemiskinan bandar sememangnya sukar ditangani ketika ini.
Jelas beliau, usaha untuk menangani masalah tersebut di Malaysia melangkaui pembangunan ekonomi.
“Ia termasuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup kumpulan berpendapatan rendah.
“Akses kepada pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam, taraf hidup dan pendapatan lebih baik adalah antara dimensi utama dalam Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi Malaysia,” katanya. Utv
500,000 rumah mampu milik akan dibina menjelang 2025 – Reezal
Baca Artikel Menarik:
- PAS akan tinggalkan PN
- Anna Jobling dituduhkan promosi ‘soft porn’, maksiat
- Pembuang saka terkenal ditahan kes berkhalwat
- Mat Kilau terus cipta magis, RM16 juta 5 hari tayangan
- Jurutera kasari polis trafik ditahan reman tiga hari (Video)
- Datuk Yusri tipu projek naik taraf jalan raya dicari polis
- Tajuddin anjur kenduri rakyat untuk PM Ahad ini
- Lufya cedera, anak hampir diculik
- Komplot belot Presiden, Tok Mat perlu jawab
- Drama Tajuddin tidak beri kesan pada Zahid dan UMNO
- MP UMNO Jeli, Masjid Tanah & Bagan Serai lompat ke Bersatu demi selamatkan diri
- Mahathir takut berhadapan dengan Apandi Ali, protes keluar pejabat peguam negara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.