Yamaha R15M dilancar, harga bermula RM14,998

Yamaha R15M dilancar, harga bermula RM14,998

Hong Leong Yamaha Motor melancarkan model baharu Yamaha YZF-R15M pada harga bermula dari RM14,998.Diinspirasikan daripada gaya dan teknologi perlumbaan YZF-R1M dan YZR-M1, jentera baharu ini ditawarkan dua pilihan warna, The Signature M and Monster Energy Edition.

Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Bhd, Datuk Dr Jim Khor, berkata R15M dihasilkan mengikut DNA perlumbaan Yamaha yang telah membentuk jentera legenda seperti M1, The R1M dan siri R.



“R15M mewarisi DNA mercu utama Yamaha iaitu YZF-R1M dan YZR-M1 dan menjadikan tahap perlumbaan ke tahap seterusnya dan pada masa sama sentiasa cuba melampaui batasan dan meningkatkan keseronokan menunggang,” katanya pada majlis pelancaran model baharu itu di sini, hari ini.

Pemilik Yamaha YZF-R15M baharu akan secara automatik didaftarkan dalam program keahlian eksklusif M-CRU.

Keahlian M-CRU membolehkan ahli menyertai pelbagai acara seperti Hari Trek Eksklusif, Kursus Menunggang Lanjutan, Pengalaman Konvoi MotoGP Istimewa serta tawaran memiliki barangan untuk ahli M-CRU sahaja.

Yamaha YZF-R15M baharu ini dikuasakan oleh enjin suntikan bahan api Single Overhead Cam (SOHC) 155CC dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) yang memberikan kuasa optimum dan penjimatan bahan api.



Model itu juga dilengkapi dengan sistem kawalan cengkaman, ‘assist and slipper cluth’ yang menawarkan penukaran gear yang lebih lancar dan menjadi motosikal satu silinder Yamaha pertama yang dilengkapi dengan sistem ‘quickshifter’ yang melancarkan pertukaran gear.

Dari segi keselamatan, R15M didatangkan dengan tongkat sisi dengan suis pemati enjin bersama-sama dengan pengenalan ABS dua hala untuk keyakinan membrek walaupun pada kelajuan tinggi.

Oleh kerana ciri keselamatannya ini, Yamaha YZF-R15M telah menerima penarafan lima bintang daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di bawah Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP), satu inisiatif untuk mempromosikan motosikal yang lebih selamat di Malaysia dengan penggunaan keselamatan teknologi pada motosikal dan meningkatkan kesedaran pengguna mengenai keselamatan menunggang. BH

Yamaha R15M dilancar, harga bermula RM14,998




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor



‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker