Tuduhan songlap duit UMNO beri pada Isteri, TokPa jawab Zahid,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed hari ini membuka mulut mempertahankan dirinya selepas didakwa melakukan penyelewengan menjelang PRU lalu oleh bekas presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Kata Mustapa kenyataan dibuat presiden Umno itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini berniat jahat.

“Tuduhan-tuduhan seumpama ini berniat untuk mencemarkan reputasi saya sebagai ahli jemaah menteri (anggota kabinet) dan ahli parlimen,” kata ahli parlimen Jeli yang mesra disapa Tok Pa itu.

Kata Mustapa semua dana – termasuk untuk kegunaan PRU – yang diberikan Umno ketika itu diuruskan mengikut garis panduan parti melalui jawatankuasa yang berkenaan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan ahli parlimen Bagan Datuk bahawa saya menyeleweng peruntukan yang disalurkan kepada Umno Kelantan,” katanya.

Pada 28 Jun lalu Ahmad Zahid yang sedang dibicarakan atas 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram memberitahu mahkamah ada tiga ahli parlimen Umno meninggalkan parti itu untuk menyertai Bersatu selepas PRU ke-14 kerana mahu menyelamatkan diri daripada disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua kali beri keterangan

Kata Ahmad Zahid antara menteri terbabit ialah ahli parlimen Jeli yang juga pengerusi Umno Kelantan ketika itu.

“Sebahagian wang itu sepatutnya digunakan untuk urusan logistik dan bawa pengundi yang bekerja atau bermastautin di Lembah Klang untuk kembali mengundi di Kelantan.

“Saya diberitahu bahawa RM30 juta wang itu tidak dibelanjakan untuk logistik tetapi saya ada maklumat bahawa ia diberi kepada isterinya untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadi,” katanya.

Mustapa turut menafikan bahawa penyertaannya ke dalam Bersatu adalah bertujuan untuk mengelak siasatan pihak berkuasa.

Malah tegasnya, selepas PRU ke-14 dia dipanggil untuk memberi keterangan dua kali masing-masing kepada SPRM dan Polis Diraja Malaysia iaitu pada akhir 2018 dan awal 2019.

Jelasnya, ia termasuk siasatan sebagai bekas pengerusi Umno Kelantan berkaitan dana yang dimasukkan ke dalam akaun Umno negeri itu yang didakwa diperolehi daripada sumber 1MDB.

“Kenyataan ahli Parlimen Bagan Datuk pernah dibangkitkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

“Pihak SPRM menafikan perkara ini pada 20 Sept 2018 manakala setiausaha Umno Kelantan pada masa itu memberi penjelasan mengenai pengurusan dana PRU ke-14 pada 16 Jan 2019,” katanya.

Jelas Mustapa dia juga tidak pernah menerima tekanan daripada mana-mana pihak untuk menyertai Bersatu dan tidak pernah menyeleweng dana Umno Kelantan.

“Saya bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan,” katanya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker