Sukar dapat temu janji, pesakit guna playar untuk cabut gigi

Sukar dapat temu janji, pesakit guna playar untuk cabut gigi

Seorang pesakit di Britain nekad menggunakan playar untuk mencabut sendiri giginya selepas sukar mendapatkan janji temu rawatan gigi daripada Perkhidmatan Kesihatan Kebangaan (NHS), lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Jamie Ellison, 49, mencabut sendiri giginya setelah gagal mendapatkan khidmat doktor gigi NHS selama 15 tahun.

“Saya tidak akan menge­syorkannya. Saya melakukannya kerana terdesak. Saya gagal untuk berjumpa doktor gigi (kerajaan) selama kira-kira 15 tahun,” kata Ellison yang ber­asal dari bandar Yorkshire Barat.

Seorang jururawat sambilan yang dikenali sebagai Nicola memberitahu, dia juga tidak berjaya mendapatkan janji temu doktor gigi NHS untuk merawat gigi patah.

“Saya terpaksa membeli playar dan cuba mencabut gigi saya sendiri,” katanya kepada akhbar Mirror.

Namun, keadaan Nicola bertambah teruk, menyebabkan dia terpaksa berjumpa doktor gigi swasta dan dikenakan bayaran £650 (RM3,509).

Seorang lagi pesakit bernama Hannah Whelan yang berkerja di NHS memaklumkan bahawa dia juga tidak berjaya mendapatkan janji temu rawatan gigi.

“Saya pernah menggunakan gam kuat pada gigi geraham yang sakit dan mengambil ubat parasetamol. Saya hanya berjaya mendapatkan rawatan selepas pengsan di tempat kerja akibat kesakitan,” katanya.

Menurut akhbar berkenaan, kira-kira 3,000 doktor gigi berhijrah ke luar negara sejak Britain melaksanakan sekatan pergerakan bagi mencegah penularan wabak Covid-19. Ramai doktor gigi turut menyatakan bahawa mereka menerima bayaran yang tidak setimpal semasa bekerja dengan NHS.

Data yang diterbitkan di bawah undang-undang Kebebasan Maklumat itu menunjukkan terdapat 2.3 juta janji temu pergigian NHS di England pada April lalu.

Bilangan itu menurun berbanding 2.9 juta janji temu pada Mac 2022 dan berkurangan berbanding angka purata semasa sebelum pandemik Covid-19 iaitu sebanyak 3.5 juta janji temu. K Online

Sukar dapat temu janji, pesakit guna playar untuk cabut gigi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker