Rafidah Aziz letak jawatan pengerusi AirAsia X

KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd. mengumumkan peletakan jawatan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai pengerusi dan pengarah bebas bukan eksekutif kumpulan syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu.

Peletakan jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai 2022, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Isnin.

Ia turut menyaksikan beliau melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Risiko dan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan.

“…(Tan Sri) tidak lama lagi akan menamatkan tempoh yang dibenarkan, sebagai pengarah bebas.

“(Tan Sri) kemudiannya perlu mematuhi perubahan status, daripada Ahli Lembaga Bebas, kepada Pengarah Bukan Bebas, dan keperluan lain yang seterusnya,” jelasnya.

Rafidah, 78, dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah dan pengarah bebas bukan eksekutif pada 3 Mac 2011 dan dilantik semula sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Kanan selepas penyenaraian syarikat pada 10 Julai 2013.

Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan serta Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah, dan Lembaga Semakan Keselamatan Syarikat.

Malah, beliau adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia yang paling lama berkhidmat, dari 1987 hingga 2008, dan banyak menyumbang kepada pengalaman antarabangsa.

Sementara itu, dalam makluman berasingan, AirAsia X melantik Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin, 63, sebagai pengarah bebas bukan eksekutif berkuat kuasa Isnin.

Tunku Mahmood sebelum ini merupakan ahli lembaga pengarah Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Hong Leong Islamic Bank Bhd., Pos Malaysia Bhd., Executive Solutions and Outcomes Sdn Bhd, Ethos Capital One Sdn Bhd, dan Federation of Investment Managers Malaysia, Energy Africa Limited.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker