Cadangan harga siling ayam akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet sebelum diumumkan
Cadangan harga siling ayam akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet sebelum diumumkan
Cadangan penetapan harga siling ayam yang baharu serta kadar subsidi kepada penternak akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet pada Rabu ini sebelum ia diumumkan.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, harga kawalan baharu itu adalah mengambil kira kepentingan penternak, pemborong dan peruncit bagi memastikan harga yang ditetapkan adalah munasabah bagi semua pihak.
“Bantuan tunai tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini juga telah diambil kira.
“Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai status semasa bekalan makanan negara serta status harga barangan terpilih serta pelaksanaan intervensi pengukuhan sekuriti makanan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.
Menurut Ronald, bekalan ayam diunjur kekal stabil dan mencukupi pada minggu keempat bulan Jun 2022 malah bekalan komoditi lain diunjur kekal stabil dan mencukupi menampung permintaan bulan semasa.
“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut memaklumkan status terkini barangan harga terpilih dan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap premis yang didapati tidak mematuhi pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum bagi Ayam dan Telur.
“Usaha sama rentas kementerian akan diteruskan untuk meminimakan impak beban kos sara hidup rakyat,” katanya.
Ujar beliau, kerajaan komited meneruskan usaha bagi memastikan kelangsungan dan kebolehcapaian bekalan makanan di pasaran dengan harga yang berpatutan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia. K Online
Cadangan harga siling ayam akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet sebelum diumumkan
Baca Artikel Menarik:
- Lim tersenyum terima suapan – Saksi
- Guru beli lembu sado RM20,000 untuk korban
- Apa dosa Mat Kilau?
- Alica Schmidt mahu dikenali sebagai binrang sukan bukan porno
- Pendaftaran BRA tarik perhatian orang ramai
- DJ Sal, DJ Wong perlu dipanggil pihak berkuasa agama
- Formula Rafizi ke laut – Isham Jalil
- Mat Kilau kutip Rm7j dalam tiga hari
- Zaid persoal sikap membisu Badan Peguam berkait dakwaan konflik berkepentingan
- Duda maut jatuh bangunan selepas berkhalwat dengan isteri orang
- Macam James Bond, Najib jadi aktor pula?
- Tiga Ikan Paus Di Langkawi [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.