Annuar paling suka dengan sidang media Tajuddin



Annuar paling suka dengan sidang media Tajuddin

Tan Sri Annuar Musa merupakan antara individu yang suka dengan sidang media Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam, dakwa Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Ini kerana, Annuar paling aktif viral dan berkongsi tentang laporan sidang media tersebut.

Kata Puad, pada Annuar, sidang media itu adalah bola tanggung untuk ‘smash’ UMNO, selepas Ahli Parlimen Ketereh itu mendakwa tindakan yang dibuat ke atas Tajuddin itu akan menimbulkan krisis.

“Memang Annuar mahu begitu. Sebab itu dia viral dan share,” kata Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.




Tetapi katanya, sidang media yang dianggap sebagai masuk bakul angkat sendiri itu banyak putar belit kerana ramai tahu Tajuddin anjur banyak pertemuan di rumahnya.

“Kenapa pusing 200 darjah?,” ujarnya sambil mendakwa Tajuddin sebenarnya fobia apabila disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ramai juga saksi hidup.

Tajuddin rupanya sama standard dengan Dr Xavier Jayakunar dan Peter Anthony yang pernah dikaitkan dengan kes rasuah, ADUN Tronoh yang didakwa kes rogol.

Semua jadi takut dan cair bila disiasat SPRM, katanya. MG

Annuar paling suka dengan sidang media Tajuddin





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup



Leave a Reply

Your email address will not be published.