Zaid persoal sikap membisu Badan Peguam berkait dakwaan konflik berkepentingan

Zaid persoal sikap membisu Badan Peguam berkait dakwaan konflik berkepentingan

Bekas menteri undang-undang mempersoalkan sikap berdiam diri Badan Peguam dan parti pembangkang berhubung dakwaan konflik berkepentingan membabitkan Nazlan Mohd Ghazali, hakim mensabitkan Najib Razak bersalah dalam kes rasuah.

Zaid Ibrahim berkata, Badan Peguam dan pengkritik lain yang sebelum ini mendesak hakim perbicaraan, Sofian Abd Razak, menarik diri daripada kes SRC International, pada 2018.



Ketika itu, Badan Peguam berkata, timbul konflik berkepentingan memadangkan Sofian merupakan abang kepada Exco Pahang, Sofi Razak, yang juga ahli Umno.

Sofian kemudiannya digantikan dengan Hakim Nazlan Mohd Ghazali, yang mencetuskan kontroversi apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan laporan dibuat terhadap Nazlan berhubung RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

“Namun, tiada sesiapa yang mengulas berhubung perkara itu sehingga kini,” kata Zaid dalam klip video dimuat naik dalam media sosial. “Bila Badan Peguam dan Pakatan Harapan melihat perkara ini sebagai konflik berkepentingan? Mengapa anda masih membisu?” katanya.

Dua minggu lalu, ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi, juga melontarkan kritikan hampir sama terhadap Badan Peguam, sambil menyatakan badan itu subjektif berhubung isu yang mahu dipertahankan. Katanya, Majlis Peguam sepatutnya menuntut penubuhan tribunal kehakiman menyiasat Nazlan.



Bagaimanapun, Badan Peguam berkata, sebarang desakan untuk menubuhkan tribunal menangani konflik berkepentingan adalah tidak matang dan salah tanggap.

Minggu lalu, protes dibuat Majlis Peguam terhadap campur tangan badan kehakiman dan mendesak kebebasan institusi itu dipertahankan.

Sebelum ini, Najib dan peguamnya, Shafee Abdullah, berkata Nazlan sepatutnya menarik diri daripada perbicaraan kes SRC International.

Sebelum dilantik sebagai hakim, Nazlan bertugas sebagai penasihat am dan setiausaha syarikat bagi Kumpulan Malayan Banking, dan dilaporkan terbabit dalam keputusan bank memberikan pinjaman kepada 1MDB berjumlah RM4.17 bilion.



Shafee berkata, pada Mac, Nazlan sepatutnya menarik diri daripada mendengar kes SRC International mengambil kira beberapa pandangannya yang dibentuk dalam proses pinjaman bank berkenaan.

Dalam kes SRC International, Najib disabit bersalah pada Jul 2020 terhadap pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang. Nazlan menjatuhi Najib 12 tahun penjara.

Najib memfailkan rayuan berhubung sabitan dan hukuman dikenakan dan juga berhasrat mengemukakan keterangan baharu dalam perbicaraan SRC International.

Nazlan kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, pada Feb. FMT



Zaid persoal sikap membisu Badan Peguam berkait dakwaan konflik berkepentingan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo



Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker