Guru beli lembu sado RM20,000 untuk korban

Guru beli lembu sado RM20,000 untuk korban

TEMERLOH – Seorang guru di sini sanggup menghabiskan RM20,000 untuk mendapatkan seekor lembu sado jantan seberat hampir 1000 kilogram (kg) sempena sambutan korban tahun ini.

Azura Ilyani Alias, 38, yang juga seorang usahawan memberitahu, tahun ini beliau ingin mencari kelainan untuk sambutan korban.

“Saya berbincang bersama suami dan dia menyokong pilihan untuk memilih lembu sado kali ini.

“Lembu baka Charolais dari Perancis ini akan dikorbankan di Masjid Makmur Kampung Losong Dato Amar di Kuala Terengganu pada sambutan hari raya kedua Aidiladha nanti,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau ditemui bersama suaminya, Roslan Basri, 46 di Sungai Kepong dekat Lanchang di sini.

Ujar Azura lagi, beliau mengambil peluang selepas negara dilanda jangkitan Covid-19 sejak beberapa tahun lalu untuk memeriahkan sambutan korban kali ini.

Sementara itu pemilik lembu, Mat Abdul Wahid, 42, memberitahu walaupun sayang terhadap lembu yang diberikan nama “Boy” itu namun kekangan kos khususnya makanan yang semakin tinggi menyebabkan dia melepaskan lembu berusia 2 tahun 9 bulan itu.

“Kos makanan iaitu palet bersama rumput napier mencecah lebih RM15 sehari untuk “Boy” sahaja.

“Jadi bila ada tawaran harga yang menarik ini saya lepaskan walaupun sayang sebab pelihara sejak lahir lagi selain manja dengan saya,” ujarnya.

Tambahnya, untuk sambutan korban kali ini, sebanyak 10 ekor lembu termasuk “Boy” sudah ditempah pelanggan.

“Syukur memang tahun ini rezeki untuk saya selepas beberapa tahun terjejas akibat Covid-19,” katanya lebih 10 tahun terbabit dalam aktiviti ternakan tersebut. Sinar

Guru beli lembu sado RM20,000 untuk korban


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker