Pemansuhan Subsidi Minyak Langkah Pastikan Lebih Banyak Bantuan Bersasar – Pakar

Pemansuhan Subsidi Minyak Langkah Pastikan Lebih Banyak Bantuan Bersasar – Pakar

Pemansuhan subsidi minyak masak sawit kemasan botol 2 kilogram (kg), 3kg dan 5kg yang diputuskan kerajaan dilihat sebagai langkah untuk memastikan lebih banyak bantuan secara terus dan bersasar dapat diberikan kepada golongan yang layak menerimanya.

Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata keputusan kerajaan itu, termasuklah keputusan mengekalkan subsidi minyak masak sawit dalam bungkusan plastik, dapat memberi manfaat kepada golongan rentan seperti B40 dalam memperoleh barangan keperluan bersubsidi yang disediakan kerajaan.



“Kerajaan dalam masa sama turut mengumumkan dana tambahan RM630 juta kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan memanfaatkan seramai 8.6 juta rakyat di negara ini, jadi, bantuan ini mampu mengurangkan sebahagian beban dalam membeli barangan keperluan bulanan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Namun, katanya, penerima bantuan itu perlu bijak dalam merancang perbelanjaan wang tersebut agar mereka memperoleh manfaat daripada objektif pemberian itu.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School (UPM) Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata keputusan kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak kemasan botol antara lain adalah langkah untuk menghapuskan penyelewengan dan penyeludupan minyak masak tersebut.

“Kerajaan hapuskan subsidi itu kerana minyak masak botol itu mudah untuk orang menyeludup dan diseleweng kepada pihak tertentu kerana kuantitinya besar dan kemasannya yang tahan lasak berbanding minyak sawit plastik kuantiti yang kecil dan mudah pecah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan harus peka mengenai jaminan bekalan minyak masak plastik sebanyak 60,000 tan metrik sebulan dan dapat dijual oleh peniaga kepada pengguna.



“Pengguna harus memainkan peranan dalam melaporkan kepada pihak berwajib jika terdapat kedai yang sentiasa tiada stok minyak masak manakala peniaga perlu berintegriti dalam menjual produk tersebut kepada golongan B40,” katanya.

Ditanya mengenai mekanisme yang berkesan untuk menyalurkan bantuan tersebut, Ahmed Razman menyarankan agar bantuan berkenaan disalurkan dalam bentuk e-baucar seiiring era modenisasi dan transaksi yang dilakukan lebih telus.

“Apabila kita nak pastikan bantuan dan subsidi tersebut sampai kepada rakyat, penggunaan teknologi sedia ada boleh membantu. Sebagai contoh, kita ada aplikasi MySejahtera dan dahulu kerajaan telah memperkenalkan baucar buku 1Malaysia yakni baucar itu boleh beli buku sahaja.

“Jadi mungkin kita boleh gabungkan mekanisme ini untuk mengesan dan memberi bantuan dengan lebih bersasar dan apabila mereka pergi ke kedai mereka boleh beli minyak sawit dalam peket atau barang keperluan yang lain,” katanya.– BERNAMA



Pemansuhan Subsidi Minyak Langkah Pastikan Lebih Banyak Bantuan Bersasar – Pakar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker