‘Kesetiaan, Kebersamaan Pemimpin Dan Akar Umbi Paling Mustahak’ – Ahmad Zahid

‘Kesetiaan, Kebersamaan Pemimpin Dan Akar Umbi Paling Mustahak’ – Ahmad Zahid

Kesetiaan dan kebersamaan di antara pimpinan dan akar umbi UMNO adalah paling mustahak sebagai persediaan parti itu untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagi tujuan itu, beliau yang juga Presiden UMNO sukar untuk berkompromi dengan sebarang elemen yang dilihatnya mahu merencatkan haluan atas pendirian yang mencurigakan.



“Presiden UMNO menggalas amanah besar untuk meneruskan apa yang sudah diputuskan dan ditetapkan oleh parti.

“Bukan untuk kepentingan mana-mana pihak atau individu, sebaliknya demi masa depan rakyat, negara dan parti UMNO,” katanya dalam satu entri di Facebook beliau hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, UMNO sudah membuat ketetapan secara kolektif mengenai hala tuju terbaik untuk PRU ke-15 pada beberapa perhimpunan agungnya.

“Maka parti ini harus fokus kepada perancangan yang sudah pun direncanakan melalui suara majoriti akar umbi dan pimpinannya,” katanya.



Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata rakyat juga menaruh harapan tinggi kepada UMNO untuk memulihkan negara dan mengembalikan kegemilangan lalu.

“Jalan terbaik untuk memulihkan negara dengan mewujudkan kembali kestabilan politik melalui proses demokrasi. Menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memperbaiki kemakmuran yang sudah dirosakkan sejak 9 Mei 2018,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, pula mahu semua pihak berhenti mensensasikan isu pengguguran Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, sebagai Ahli MKT UMNO.

Bahkan, beliau juga yakin, pengguguran Tajuddin yang baru dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, tidak akan mengundang perpecahan dalam parti.-BH



‘Kesetiaan, Kebersamaan Pemimpin Dan Akar Umbi Paling Mustahak’ – Ahmad Zahid

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker