Bomba Bantu Bawa Lelaki 200kg Ke Hospital Akibat Serangan Angin Ahmar

Bomba Bantu Bawa Lelaki 200kg Ke Hospital Akibat Serangan Angin Ahmar

MELAKA: Bomba menghantar sepasukan anggotanya membantu seorang lelaki yang mengalami obesiti untuk dihantar ke Hospital Melaka, hari ini.

Difahamkan, lelaki berusia 33 tahun dengan berat kira-kira 200 kilogram itu diserang angin ahmar dan perlu menerima rawatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu sebelum itu menerima panggilan kecemasan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi operasi khas itu pada jam 4.40 pagi.

“Sebaik tiba di rumah pesakit di Tanjung Kling, dia dalam keadaan terbaring sebelum kerja mengangkatnya segera dilakukan.

“Anggota bomba mengambil masa 15 minit dengan dibantu pasukan perubatan untuk mengangkat lelaki itu ke dalam lori sebelum dihantar ke hospital,” katanya.

Katanya, operasi khas membabitkan lapan anggota itu tamat pada jam 6 pagi.-BH

Bomba Bantu Bawa Lelaki 200kg Ke Hospital Akibat Serangan Angin Ahmar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker