Amber Court Genting Highlands Mana Ada Hantu? [VIDEO]

Amber Court Genting Highlands Mana Ada Hantu? [VIDEO]

Pelbagai kisah seram sebuah kondo yang konon ‘berpuaka’ di Genting Highlands dikongsi kumpulan pemburu hantu di media sosial sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, ratusan penduduk Pangsapuri Amber Court mendakwa semua kandungan di media sosial membabitkan pengalaman menakutkan dikongsi di pangsapuri itu hanyalah bertujuan meraih jumlah tontonan tinggi tanpa bersandarkan fakta.



Pengerusi Amber Court Management Corporation Datuk Seri Dr K K Chai berkata, lebih 100 penduduk berkumpul di luar pangsapuri itu Sabtu lalu bagi membantah YouTuber dan tindakan kumpulan pemburu hantu.

Menurutnya, kumpulan itu menceroboh masuk pangsapuri berkenaan pada waktu malam bagi menghasilkan video berhubung aktiviti paranormal dengan dakwaan kediaman itu dihuni banyak hantu dan roh jahat.

“Hakikatnya penduduk Pangsapuri Amber Court sudah muak dengan berbagai kisah seram disebarkan kononnya bangunan itu berhantu serta berpenunggu.

“Semua dakwaan itu tidak berasas. Tiada seorang pun daripada kami pernah melihat hantu apatah lagi diganggu aktiviti ghaib di pangsapuri itu.



“Saya yakin mereka (kumpulan menghasilkan video) hanya melakukannya bagi mengejar populariti di media sosial. Malah, saya tidak pasti jika mereka juga ada agenda lain tersembunyi,” katanya ketika ditemui di Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, semalam.

Menurutnya, ia terbukti apabila muncul individu mendakwa sebagai bomoh hebat yang menawarkan khidmat ‘membersihkan’ rumah dari gangguan roh hantu.

“Kami yang mendiami pangsapuri ini sejak berpuluh tahun lalu kecewa dengan tanggapan ramai kononnya pangsapuri ini ‘keras’ dan berhantu,” katanya.



Menurutnya, lebih RM1.4 juta dibelanjakan untuk menaik taraf rupa pangsapuri itu dan menukar lif di kediaman itu.

Sementara itu, salah seorang penghuni, H Wong, 40-an berkata, pelbagai cerita karut itu menyebabkan nilai harga pangsapuri di lokasi peranginan itu jatuh mendadak.

“Walaupun ia berharga sekurang-kurangnya RM1,000 sekaki persegi namun hartanah pangsapuri Amber Court ketika ini hanya bernilai sekitar RM250 sekaki,” katanya.



Sementara itu Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, tindakan tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin itu perlu dihentikan.

“Terlalu ramai yang menghasilkan content (kandungan di media sosial) berhubung kisah hantu di Amber Court. Jika benar berhantu, saya yakin tiada siapapun berani menghuni pangsapuri itu. “Sehingga kini terdapat beratus penghuni mendiami pangsapuri berkenaan dan mereka tinggal dengan aman,” katanya.

Menurutnya, penduduk di kediaman itu sudah mendapatkan khidmat guaman bagi mengheret mana-mana individu yang sengaja mengganggu gugat kesejahteraan mereka.

“Penduduk di situ tidak akan lagi bertolak ansur,” katanya.-HM



Amber Court Genting Highlands Mana Ada Hantu? [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker