Kadar takrif elektrik dan air kekal – PM

 

 

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung, kata Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan pada Jumaat.

“Dengan keputusan tersebut, kerajaan akan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain,” jelasnya.

Sebelum ini, kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan mulai 1 Julai susulan kenaikan kos pengeluaran akibat lonjakan harga arang batu melebihi 117 peratus sejak hujung tahun lalu.

Bagaimanapun, ia mendapat tentangan ramai pihak yang ingin kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tarif elektrik dan air yang baharu susulan tekanan dihadapi rakyat akibat kenaikan harga barang serta pandemik COVID-19

Sementara itu, kerajaan turut memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan selepas penamatan subsidi pada 30 Jun ini.

Menurut Perdana Menteri, harga siling baharu akan diumumkan masa terdekat.

“Kerajaan turut memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

“Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan Kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup,” katanya.

Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan bahawa kerajaan tidak lagi akan memberikan subsidi kepada penternak ayam mulai 1 Julai ini.

Ia dijangka akan mengakibatkan harga ayam meningkat apabila ia diapungkan ekoran berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun 2022.

Mengikut rekod, kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard pada RM8.90 sekilogram.

Manakala ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pula pada harga RM9.90 sekilogram.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker