Zahidi tegur DBKL, kenapa perlu ada perantara

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh mendapatkan lesen untuk memasang tiang lampu pintar bersepadu sendiri jika menubuhkan anak syarikat yang mempunyai jurutera berkelayakan untuk berbuat demikian, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin.

Dia berkata demikian selepas Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil mempersoalkan mengapa DBKL tidak diberikan lesen untuk memasang tiang lampu dan mengutip sewa secara terus daripada syarikat telekomunikasi dan bukannya melalui perantara.

Zahidi berkata melalui entiti anak syarikat dan bukan secara langsung, DBKL memerlukan lesen pembekal perkhidmatan rangkaian untuk memasang tiang lampu itu sendiri.



“(Mereka) boleh, jika mereka mempunyai jurutera yang berkelayakan dan mereka perlu mempunyai anak syarikat sendiri.

“DBKL sendiri tidak boleh. Boleh jadi anak syarikat atau yayasan, tapi DBKL tak boleh (buat terus). Jika tidak, bagaimana jika Datuk Bandar mendapat projek itu? Dia perlu menjadi Datuk Bandar merangkap Ketua Pegawai Eksekutif; itu tidak akan berjaya,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam.

Zahidi bercakap kepada pemberita selepas menerima memorandum daripada perwakilan Pemuda Umno berhubung projek rangkaian 5G negara.

Isu tiang lampu pintar bersepadu DBKL mula mendapat perhatian umum selepas Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mempersoalkan kerajaan berhubung kontrak RM30.75 juta untuk menggantikan 200 tiang lampu di bandar raya ini.



Penggantian itu dijangka bermula bulan ini sehingga Mei 2023.

Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim kemudian menjelaskan bahawa DBKL tidak akan menanggung sebarang kos bagi projek itu dan sebaliknya akan menerima bayaran sewa bulanan RM850 bagi setiap tiang bulan sebaik projek itu siap.

Shahidan berkata terdapat 1,000 tiang lampu pintar yang telah dipasang oleh 29 syarikat berbeza.

Bagaimanapun, Fahmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sepatutnya memberikan lesen kepada DBKL untuk memasang sendiri tiang lampu pintar berkenaan tanpa melalui perantara.



Dia berkata ini membolehkan DBKL mengenakan caj kepada syarikat telekomunikasi sebanyak RM3,000 hingga RM4,000 setiap tiang sebulan, dan bukannya melalui perantara di mana mereka menyewa RM850 setiap tiang sebulan daripada DBKL.

Langkah itu katanya membolehkan DBKL menerima pendapatan apabila menyewanya kepada syarikat telekomunikasi, pada masa sama mengurangkan kos yang bakal ditanggung pengguna.

“Dengan kata lain, syarikat perantara ini, semua 29 syarikat, tidak perlu pun dilibatkan. Pada pandangan saya, jika DBKL mengeluarkan kontrak sendiri, mereka akan mendapat lebih daripada RM850 bagi sebatang tiang setiap bulan – dua, tiga atau empat kali ganda daripada itu,” katanya kepada Malaysiakini Jumaat lalu.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker