Budak tiga tahun maut terjatuh dari tingkat 10

KUALA LUMPUR – Seorang budak lelaki berusia tiga tahun maut akibat terjatuh daripada kediamanya di tingkat 10, Kondominium Dutamas 28, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihak polis menerima laporan berkenaan kejadian tersebut pada jam 3.30 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memanjat tab mandi dan naik ke atas tembok, kemudian memanjat keluar ikut tingkap tandas. Semasa kejadian ibunya berada di ruang tamu.

“Kanak-kanak itu terjatuh di tingkat tiga kondominium itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kepong 2 di sini pada Rabu.

Apabila ditanya mengenai keberadaan bapa mangsa, Eng Lai berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan namun melihat keadaan ibu mangsa yang masih terkejut menyukarkan untuk disoal siasat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan tetapi buat masa ini ibu mangsa masih sangat sedih dan kita beri dia masa dahulu, kita tak mahu emosi dia terganggu.

“Ibu mangsa akan dipanggil rakam keterangan kemudian, sebab sekarang dia sangat sedih, menangis dan tidak dapat bercakap. Jadi kita tunggu mayat itu dibedah siasat,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker