Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau
Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau
Bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Singapura dan kepulauan Riau sepatutnya dikembalikan kepada Malaysia sebagai kerana wilayah terbabit adalah sebahagian daripada tanah Melayu, lapor Yahoo News Malaysia.
Bercakap di hadapan penonton yang hadir ke acara Aku Melayu: Survival Bermula yang bertajuk Melayu dan Kelangsungan Bangsa, Mahathir berkata, “Kita seharusnya menuntut bukan sahaja Pedra Branca, atau Pulau Batu Puteh, dikembalikan kepada kita, sebaliknya kita juga harus menuntut supaya Singapura dan kepulauan Riau dikembalikan kepada Malaysia sebagai tanah Melayu.”
Tambah Mahathir lagi, sejarah membuktikan bahawa tanah Melayu terbentang dari Isthmus of Kra di selatan Thailand hingga ke Kepulauan Riau.
“Tetapi hari ini, kita hanya tinggal semenanjung… Saya tertanya-tanya sama ada kita akan terus memiliki semenanjung ini. Saya bimbang masa depan orang Melayu, adakah tanah semenanjung itu juga akan dimiliki oleh pihak lain,” katanya lagi sambil menambah bahawa orang Melayu miskin dan mereka yang miskin tidak boleh menegakkan hak mereka.
“Ramai orang Melayu tidak sedar bahawa negara mereka yang dahulunya besar menjadi kecil. Dan negara kecil ini pun mereka akan rugi kerana miskin,” katanya lagi.
Pada tahun 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa menganugerahkan Pedra Branca kepada Singapura. Malaysia memohon semakan penghakiman pada 2017 tetapi menarik balik permohonan semakan itu setahun kemudian selepas Tun Mahathir menjadi perdana menteri buat kali kedua. Vc
Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau
Baca Artikel Menarik:
- Perniagaan disyaki punca remaja wanita diserang peniaga
- Pelik tiada pemimpin Bersatu pertahan Muhyiddin – Najib
- UKSB: Latheefa juga mesti disiasat
- PKR takkan bincang dengan Azmin, tapi bagaimana dengan Rafizi?
- Tindakan PH kurang saiz tren, punca perkhidmatan LRT tergendala – Najib
- Bersatu mungkin tak bertindak balas jika PM kekalkan Zuraida kerana takut PRU awal?
- Umpan makanan, baling batu dan tendang kucing
- Pembantu khas bekas menteri dipenjara dua tahun
- Willie Mongin mohon sertai PBB
- Azmin jangan putar belit fakta – Shahrir
- Tak dapat A SPM pun, dapat suami
- Samun kedai emas selepas kehabisan simpanan kripto
- Kekasih Azri Iskandar Terus Letak ‘Call’ Ketika Interview ‘Live’, Netizen Kata Sah ‘Fake Account’ (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]
Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king
You must be logged in to post a comment.