Laluan alternatif Terowong Menora sudah diluluskan

Laluan alternatif Terowong Menora sudah diluluskan

Kerajaan secara prinsipnya, sudah meluluskan cadangan membina jalan pintas sebagai laluan alternatif kepada kenderaan supaya tidak melalui Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata bagaimanapun pihak syarikat dicadangkan perlu mematuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

“Memang cadangan sebenarnya sudah dibentangkan kepada kementerian, kita ada bawa ke kabinet dan secara prinsipnya sudah diluluskan.

“Apabila diluluskan secara prinsip, pihak syarikat perlu mematuhi semua prasyarat yang diletakkan oleh LLM dan juga kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perasmian Persidangan Pegawai Kanan (SOC) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia 2022 di Hotel Casuarina Meru di sini hari ini.

Fadillah berkata, syarat yang ditetapkan termasuk antaranya kajian alam sekitar, impak sosial dan trafik sebelum projek dapat boleh dilaksanakan.

“Bagi memastikan projek ini ‘viable’ (boleh) dilaksanakan, perlu melihat bagaimana kos projek itu dan berapa tol yang dikenakan nanti untuk membayar balik hutang operasi dan sebagainya.

“Sama ada projek ini boleh dilaksanakan atau tidak akan hanya dimuktamadkan apabila semua kajian itu selesai dan dibentangkan, sekarang ini kita sedang menunggu proses ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan Perak bersetuju dengan cadangan membina jalan pintas sebagai laluan alternatif kepada kenderaan supaya tidak melalui Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini, sebagai mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, dilaporkan berkata, cadangan membina laluan pintas sejauh 64 Kilometer (km) bermula dari susur keluar Gopeng melalui Seputih sebelum keluar di Kuala Kangsar itu sudah diluluskan Kabinet bulan lalu untuk membina. BH

Laluan alternatif Terowong Menora sudah diluluskan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker