Bersatu mungkin tak bertindak balas jika PM kekalkan Zuraida kerana takut PRU awal?
Bersatu mungkin tak bertindak balas jika PM kekalkan Zuraida kerana takut PRU awal?
Penganalisis politik menjangkakan Bersatu tidak akan menarik sokongannya jika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengekalkan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dalam Jemaah Menteri.
Penganalisis politik Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mungkin tidak akan bertindak balas sekali gus mencetuskan pilihan raya umum (PRU) awal.
“Saya tak rasa Bersatu bersedia untuk PRU15 dalam masa terdekat. Selain itu, langkah itu akan menimbulkan keraguan bahawa Bersatu mengutamakan parti lebih daripada kesejahteraan negara,” katanya kepada FMT.
Zuraida, yang menjadi menteri semasa berada dalam Bersatu, meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baharu ditubuhkan bulan lepas dan dinamakan sebagai bakal presiden. Beliau dikatakan berharap untuk mengekalkan jawatannya dalam Jemaah Menteri.
Bagaimanapun Muhyiddin sebelum ini berkata, beliau menganggap Zuraida patut digantikan memandangkan jawatannya dipegang menerusi kuota Bersatu, namun menyerahkannya kepada perdana menteri untuk membuat keputusan.
Azmi berkata, beliau menjangkakan Ismail akan mengekalkan Zuraida dalam Jemaah Menteri dan tidak akan melayan gesaan daripada Bersatu agar menteri perusahaan perladangan dan komoditi itu digantikan.
“Memandangkan PRU ke-15 tak lama lagi, tak masuk akal jika Ismail menggantikannya dengan menteri baharu,” katanya.
Sementara itu, Oh Ei Sun daripada Institut Penyelidikan Antarabangsa Singapura berkata, Ismail berada dalam dilema berhubung kedudukan Zuraida memandangkan Umno akan membantah keras jika beliau menggantikannya dengan ahli Parlimen Bersatu yang lain.
Bagaimanapun, beliau beranggapan bahawa PBM mempunyai alasan untuk meminta jawatan dalam Jemaah Menteri kerana ia mempunyai tiga ahli Parlimen, iaitu Zuraida, Steven Choong (Tebrau) dan Larry Sng (Julau).
Mereka sehaluan dengan gabungan pemerintah, walaupun PBM bukan komponen Barisan Nasional (BN).
Parti itu telah menyatakan minat untuk menganggotai BN, tetapi Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata minggu lepas bahawa belum ada permohonan diterima daripada parti itu. FMT
Bersatu mungkin tak bertindak balas jika PM kekalkan Zuraida kerana takut PRU awal?
Baca Artikel Menarik:
- Kucing makan tuan
- Nurul Izzah tuai emas di New Delhi
- Hina Nabi: Malaysia hantar wakil khas ke India
- Kenyataan Johor keluar Malaysia adalah serius – Mahathir
- Muhyiddin tak serah RM1.3 juta kepada bendahari Bersatu – Mahathir
- Kenapa SPRM tak siasat dari awal nama pemimpin tinggi dalam lejar UKSB – Haniff
- Bawa lari pelajar dari Klang, rogol di Melaka
- Polis tahan lelaki disyaki serang Jagdeep
- Saintis temui lohong hitam yang boleh ‘menelan’ Bumi
- Bekas Ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Parti Politik
- Glasier Kiamat di Antartika mencair lebih cepat
- Ajal ibu muda di mesin basuh
- Pelakon belasah penghuni kondo, polis perlu masa jalankan siasatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.