Caely buat laporan polis atas dakwaan pelantikan Jovian

Caely buat laporan polis atas dakwaan pelantikan Jovian

Pengasas Caely Holdings Bhd (Caely), Datin Fong Nyok Yoon, membuat laporan polis terhadap lembaga pengarah syarikat kerana menyebarkan maklumat palsu dan mengelirukan di Bursa Malaysia.

Laporan polis itu dibuat selepas pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie mendakwa pelantikannya sebagai Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Caely adalah palsu.

“Saya kecewa bagaimana lembaga pengarah meneruskan pelantikan kedua-dua pengarah pada masa itu, iaitu Datuk Jovian Mandagie (Naib Pengerusi Eksekutif) dan Sandraruben A/L Neelamagham (Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif).

”Ini menyebabkan Jovian mendakwa pelantikan itu adalah palsu, tidak benar dan mengelirukan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut beliau, pengumuman pelantikan tanpa persetujuan daripada yang dilantik telah membawa kepada representasi palsu dan mengelirukan kumpulan kepada pemegang saham syarikat kerana mencerminkan ketidakcekapan dan kekurangan ketelusan kakitangan yang bertanggungjawab

Dalam laporannya polisnya, Nyok Yoon mendakwa pengarah-pengarah itu hanya diberikan dokumen berkenaan dengan kelayakan dan kemampuan mereka.

Tanggapan yang diberikan kepada mereka yang hadir dalam mesyuarat itu ialah dua calon baharu itu telah bersetuju untuk dilantik sebagai pengarah.

Nyok Yoon berkata, dua resolusi dan draf pengumuman berhubung pelantikan itu telah disiarkan oleh Setiausaha Syarikat melalui kumpulan WhatsApp Caely Holdings’ Board pada 14 Jun 2022 jam 6.40 petang.

Lembaga Pengarah diminta untuk meluluskan resolusi tersebut pada jam 6.50 petang, iaitu hanya tempoh 10 minit untuk pertimbangan dan perbincangan.

Bagaimanapun, beliau tidak meluluskan pelantikan itu, justeru terkejut apabila mendapati calon-calon itu turut tidak pernah bersetuju dengan pelantikan tersebut pada mulanya.

Selain itu, beliau juga melaporkan kepada polis bahawa kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Caely Holdings adalah mengelirukan dan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.

“Lembaga Pengarah tidak meluluskan sebarang resolusi untuk melantik agensi perhubungan awam untuk menyebarkan kenyataan akhbar,” ujarnya. MG

Caely buat laporan polis atas dakwaan pelantikan Jovian


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker