2 Jun diumumkan sebagai Hari TVET Negara – Ismail


2 Jun diumumkan sebagai Hari TVET Negara – Ismail

Hari Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara diisytiharkan pada 2 Jun sebagai usaha meneruskan pemerkasaan bidang kemahiran sebagai salah satu daripada 14 pemacu perubahan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Pemerkasaan TVET meliputi 1,295 buah institusi dan penyedia latihan tersebut di seluruh negara yang merangkumi 640 institusi awam di bawah 11 kementerian termasuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Belia dan Sukan, 22 institusi di bawah kerajaan negeri serta 633 swasta.

Pelaksanaan tersebut turut diseragamkan menerusi penubuhan Majlis TVET Negara (MTVET) pada 18 Disember tahun lalu, yang merupakan satu keputusan berkesan dan menjadi titik permulaan meruntuhkan tembok penghadang antara kementerian dan agensi latihan.



Menerusi RMK-12, pelbagai strategi digariskan termasuk menangani isu pertindihan dan merombak tadbir urus TVET serta mempromosikan jenama selain meningkatkan kualiti program dan mewujudkan data raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 55 peratus pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian dalam program TVET menjelang 2025, seperti ditetapkan dalam RMK-12.

Menurut beliau, bilangan pelajar dalam pengkhususan vokasional dan teknikal di negara maju adalah tinggi, sebagai contoh di Jerman apabila TVET dianggap salah satu sistem pendidikan utama sehingga 70 peratus pelajarnya memasuki aliran tersebut.

“Senario ini juga terdapat di negara maju di Asia seperti Korea Selatan yang berjaya bangkit dengan pantas daripada kemusnahan perang untuk muncul sebagai kuasa besar ekonomi hasil pengukuhan pendidikannya termasuk bidang TVET.



“Dengan menjadikan kedua-dua negara itu sebagai contoh, amat signifikan untuk kerajaan menetapkan TVET sebagai antara perkara yang perlu diberikan keutamaan bagi memacu pembangunan ekonomi negara,” katanya dalam ucapan perasmian Minggu TVET Negara 2022 yang berlangsung sejak 18 hingga 24 Jun di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Dalam majlis tersebut, beliau turut merasmikan pelancaran logo TVET sebagai simbolik penjenamaan TVET negara dan menambah, pemilihan tarikh 2 Jun adalah bersempena penubuhan Politeknik Ungku Omar yang merupakan institusi penyedia TVET terawal sejak 1969.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan Program Dermasiswa B40 TVET, khusus untuk pelajar B40 yang mengikuti pengajian dalam bidang tersebut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah seliaan KPT tahun ini.

“Pengambilan pertama akan melibatkan 1,000 pelajar dan kerajaan menjangkakan program ini melibatkan implikasi kewangan RM36.41 juta bagi setiap pengambilan.



“Saya yakin, program ini menawarkan lebih banyak peluang kepada anak-anak Keluarga Malaysia terutamanya daripada kumpulan B40 mendapat akses pendidikan di peringkat lebih tinggi, seterusnya membina kerjaya dalam bidang TVET, insya-Allah,” jelasnya. Utusan

2 Jun diumumkan sebagai Hari TVET Negara – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren



Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker