SPRM siasat penglibatan Muhyiddin

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata mereka akan membuka kertas siasatan terhadap beberapa individu yang disebut nama mereka dalam perbicaraan Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut kenyataan dikeluarkan agensi antirasuah itu malam tadi mereka terdiri daripada nama-nama yang disebut saksi dalam perbicaraan rasuah bekas timbalan perdana menteri terbabit beberapa hari lalu.

Nama-nama berkenaan, menurut saksi pendakwaan, berada dalam lejar yang dibayar syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sama seperti Ahmad Zahid.



Setakat ini tiada daripada nama yang disebutkan itu disiasat atau didakwa.

Seorang daripada saksi pendakwaan, David Tan, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selain ahli parlimen Bagan Datuk tersebut, UKSB juga membayar RM1.3 juta kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin pada 2018.

Ketika itu Muhyiddin merupakan menteri dalam negeri kerajaan Pakatan Harapan.

Selain Muhyiddin nama lain yang dikaitkan dengan bayaran UKSB ialah Menteri Kesihatan Minister Khairy Jamaluddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican Naina Merican, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein, Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal dan bekas menteri luar Anifah Aman.



Menurut Tan berdasarkan lejer itu UKSB membayar Khairy sebanyak RM3.7 juta, manakala mengikut laporan forensik SPRM, Reezal Merican mendapat antara RM200,000 dan RM300,000 daripada syarikat berkenaan.

SPRM berkata agensi itu juga memang ada menerima beberapa aduan berkaitan hal tersebut.

“SPRM mengesahkan menerima beberapa aduan terhadap individu-individu yang tersenarai dalam satu lejar seperti dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan berkenaan,” katanya.

Tambah SPRM, siasatan berkenaan dijalankan mengikut bidang kuasa yang diperuntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.



Untuk rekod Ahmad Zahid kini berdepan 33 pertuduhan rasuah membabitkan S$13.56 juta (RM42 juta) daripada UKSB.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex



Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker