Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Malaysia ke Indonesia

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dijangka menerima watikah pelantikannya sebagai duta Malaysia ke Indonesia esok.

Dia dijadual menerima watikah berkenaan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut sumber kerajaan, anggota Majlis Tertinggi Umno itu akan menghadap Al-Sultan Abdullah bersama empat lagi duta lantikan pada awal petang Isnin.

“Untuk kumpulan itu ada lima duta baru yang dipilih kerajaan (akan diterima menghadap),” kata sumber berkenaan.

Empat tokoh lain masing-masing akan menjadi duta ke Jepun, Arab Saudi, Iran dan Korea Selatan. Tidak seperti Tajuddin mereka semuanya adalah anggota perkhidmatan awam.

Malaysiakini sudah menghubungi Tajuddin untuk mendapatkan komen namun bekas pengarah pilihan raya Umno Malaysia itu memberi bayangan yang dia belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan.

Sementara itu Malaysiakini difahamkan seorang lagi pemimpin Umno, Nazri Aziz, turut dipersetujui untuk dilantik sebagai duta.

Menurut sumber lain, ahli parlimen Padang Rengas ini sedang dipertimbangkan untuk dilantik menjadi diplomat Malaysia ke Amerika Syarikat.

“Nazri akan dilantik menjadi duta ke AS tetapi ia bergantung kepada kelulusan,” katanya sumber dalaman kerajaan.

Dia juga memberitahu nama bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sudah diserahkan ke kerajaan AS untuk dimaklumkan.

Sementara itu Nazri yang dihubungi Malaysiakini mendakwa dia tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

“Sebenarnya saya tak tahu apa-apa langsung,” katanya.

Sebelum ini dia ditawarkan menjadi duta ke Switzerland, tetapi menurut laporan Free Malaysia Today, menolaknya pada 2019 kerana enggan kehilangan kerusi parlimen.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker