Ismail Sabri sampaikan takziah buat keluarga Adibah Noor

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon terkenal Adibah Noor Mohamed Omar.

Menerusi catatan di Facebook rasminya, perdana menteri menyifatkan penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu bukan sahaja sangat berbakat dalam bidang nyanyian, malah turut menyerlah dalam industri lakonan serta pengacaraan.

“Takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan didoakan semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini.

“Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarhamah Adibah Noor,” katanya dalam catatan itu.

Adibah Noor, 51, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur kira-kira jam 7.45 malam tadi akibat kanser ovari.

Jenazahnya dijadual dimandi dan dikafankan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat pagi ini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran sebelum waktu Zuhur.

– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker