Bapa Ini Kongsi Dibantu Arwah Adibah Noor Masa PKP, Sangat Pemurah Hingga Minta Nombor Akaun

Bapa Ini Kongsi Dibantu Arwah Adibah Noor Masa PKP, Sangat Pemurah Hingga Minta Nombor Akaun

DUNIA seni kehilangan sebutir bintang dengan pemergian penyanyi Adibah Noor yang menghidap penyakit kanser ovari tahap empat, pada Sabtu malam.

Berita duka mengenai penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu mengundang sebak banyak pihak.

Kesedihan bukan sahaja dirasai oleh para peminat yang mengikuti kerjaya nyanyian dan lakonannya, malah turut terkesan dengan sifat pemurah Allahyarham yang sering membantu orang ramai

Menerusi satu luahan, seorang bapa membuka cerita tentang keperibadian Adibah ketika hayatnya yang pernah membantu keluarganya yang terkesan akibat pandemik Covid-19 pada tahun lalu.

“Terima kasih Kak Dib (panggilan Adibah) sebab pernah membantu famili kami,” tulisnya menerusi satu ciapan pada Sabtu malam, sebaik mendapat berita pemergian Adibah

Pengguna Twitter itu, Jefri El’Mansor turut berkongsi tangkap layar mesej yang dihantar secara langsung (DM) oleh Adibah bertarikh 26 Julai 2021.

“Salam. Izinkan saya bantu top-up balik duit raya anak encik. Mohon maklum berapa dan nombor akaun encik. Jangan segan okay,” tulis Adibah

Mesej itu dihantar Adibah itu selepas bersimpati dengan nasib yang menimpa Jefri apabila terpaksa menggunakan duit simpanan raya anaknya untuk membeli susu dan lampin pakai buang.

“Sorry anakku, ayah terpaksa pakai duit raya kamu untuk beli susu dan lampin,” tulis Jefri.

“Tapi jangan bimbang. Ada rezeki nanti ayah ganti ya,” kata Jefri berjanji kepada cahaya mata sulungnya dan difahamkan dia mendirikan rumah tangga pada 2020, ketika negara dilanda pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bukan sekadar mesej menawarkan bantuan kepada Jefri, Adibah turut mengambil inisiatif menulis di ruangan bebenang pada posting Jefri bagi memastikan mesejnya dibaca.

“Check DM okay,” tulis Adibah secara ringkas

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan perkongsian Jefri.

“Baiknya dia, dia pun terkesan PKP masih tolong orang.

“Nampak tweet Kak Dib ‘Check DM K’. Pemurahnya,” demikian antara komen-komen netizen menerusi perkongsian Jefri di Twitter yang diulang kicau lebih 2,000 kali sejak lewat Sabtu malam

Bagaimanapun, Jefri bukanlah satu-satunya individu yang bertuah dibantu oleh Adibah, malah ramai lagi yang turut berkongsi kemurahan hati Allahyarham.

“Kak Adibah Noor adalah salah seorang yang baik hati. Masa lockdown, dia bantu banyak bisnes kecil termasuk bisnes saya dengan retweet tanpa caj pun. Beliau adalah buah hati rakyat Malaysia dan akan terus dikenang begitu. Al-Fatihah,” tulis Nina

“Yup, beliau retweet (tentang bisnes) tanpa saya minta. Tak sempat dia nak rasa kek saya,” kata AE yang menjual kek dan manisan semasa PKP.

“Dalam masa dua minit menghubunginya, beliau segera membantu. Saya akan sentiasa mengingati kemurahan hatinya.

Innalillahi wa inna ilahi raji’un. Kita adalah milik Tuhan dan kepada Tuhan kita kembali,” tulis Faiz Fadzil.

Faiz turut berkongsi tangkap layar mesej Adibah yang menderma bagi membantu penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Pantai yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada tahun lalu.

Terdahulu, Adibah Noor, 52, menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas mengalami sesak nafas

Al-Fatihah

Bapa Ini Kongsi Dibantu Arwah Adibah Noor Masa PKP, Sangat Pemurah Hingga Minta Nombor Akaun

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker