Program libatkan umat Islam di rumah ibadat agama lain diharamkan di Selangor

Kerajaan negeri Selangor menyambut baik program berbentuk kefahaman dan toleransi antara agama, namun mengingatkan program sedemikian perlu mengikut garis panduan ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kata exco Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

“Usaha tersebut (program toleransi antara agama) disambut baik oleh kerajaan negeri, namun program-program yang dianjurkan haruslah mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam (Jais) terutamanya melibatkan faktor perundangan.

“Peraturan telah menetapkan bahawa sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadat agama lain selain rumah ibadat Islam adalah dilarang sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Kenyataan itu dibuat selepas pemimpin pembangkang mengaitkan program dinamakan “Projek Artikel 11” anjuran Impact Malaysia sebagai program ‘Kristian Evangelis’.

Projek Artikel 11 ialah program yang melibatkan golongan belia yang dibawa mengunjungi rumah ibadat pelbagai agama sebagai sebahagian daripada usaha Impact Malaysia meningkatkan kesedaran masyarakat majmuk di negara ini

Impact Malaysia merupakan agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Bagaimanapun, menterinya Hannah Yeoh berkata tiada golongan belia beragama Islam yang terlibat dalam program itu.



Walaupun tidak merujuk kepada Projek Artikel 11, Zawawi berkata Jais akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggar peraturan di bawah Seksyen 5 dan 6 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam).

Seksyen 5 menyebut bahawa seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia menyuruh, menyebabkan, memujuk, mempengaruhi, menghasut, menggalakkan atau membiarkan seorang belum dewasa yang beragama Islam supaya menerima ajaran dalam mana-mana agama bukan Islam; atau supaya menyertai apa-apa istiadat, perbuatan menyembah atau aktiviti keagamaan mana-mana agama bukan Islam; atau mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang dijalankan untuk faedah mana-mana agama bukan Islam.

Mereka yang melanggar seksyen ini boleh dipenjara sehingga setahun atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Seksyen 6 menyebut mengenai kesalahan mendekati orang Islam untuk mendedahkannya kepada apa-apa ucapan atau peruntukan sesuatu mengenai agama lain.



Individu yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM5,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Zawawi berkata mana-mana NGO perlu berhati-hati dalam penganjuran program melibatkan sensitiviti agama dan menghubungi Jais atau Jabatan Mufti Selangor sekiranya terdapat kemusykilan.

“Kerajaan negeri Selangor berharap pihak Jais dan Jabatan Mufti dapat memberikan kerjasama yang baik kepada semua pihak terutamanya berkenaan garis panduan program keagamaan di rumah ibadah agama lain,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir



Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker