Didie Alias Nasihat Ifa Raziah Agar Berpada-pada, ‘Saya Akan Tegur Dia’ [VIDEO]

Didie Alias Nasihat Ifa Raziah Agar Berpada-pada, ‘Saya Akan Tegur Dia’ [VIDEO]

PELAKON, pengacara dan juga usahawan Didie Alias berharap agar sahabatnya, Ifa Raziah dapat menggunakan cara yang lebih sesuai untuk mempromosikan acara anjurannya pada masa akan datang.

Sebagai seorang yang turut dikenali sebagai penganjur karnival jual beli, Didie berkata, gaya promosi juga perlu diberi perhatian agar objektif untuk menggalakkan pengunjung datang ke acara yang dikelolakan tercapai.

“Saya pun penganjur juga… bila kita sudah buat sesuatu yang levelnya sangat bagus, mungkin kita boleh guna cara lain untuk menjemput pengunjung.

“Setahu saya, acara yang dikelolakannya itu melibatkan pihak kerajaan.

“Jadi bagi saya, boleh nak buat sebarang video promosi untuk memasarkan acara yang dianjurkan cuma haruslah berpada-pada dan kelihatan profesional,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Didie menjelaskan, penganjur sepatutnya membantu usahawan yang terlibat dalam acara berkenaan untuk mempromosikan perniagaan mereka.

VIDEO DIBAWAH:-

“Kita tahu yang orang akan buat apa sahaja di media sosial.

“Sebagai kakak kepada mereka yang terlibat dalam video itu dan mempunyai pengalaman lama, saya nasihatkan supaya mereka fikir dulu sebelum buat apa-apa.

“Sebab keempat-empat mereka itu semua usahawan berjaya. Mereka kenalah hati-hati pada masa akan datang,” katanya lagi.

Menurut Didie, dia akan menegur Ifa jika dia berpeluang bertemu dengan selebriti versatil itu kelak.

“Saya akan tegur dia… Tetapi saya kena ambil maklum juga sama ada content yang dikeluarkan itu dibuat secara sengaja atau tidak.

“Mungkin dia tidak sengaja dan orang besar-besarkan… sebab kita pun tak tahu keadaan sebenar.

“Kalau tak sengaja tak boleh cakap apa. Tapi kalau niat nak promosi, bagi saya buat pada level yang profesional.

“Apabila orang respect awak sebab awak baru habis (acara) raya hari tu. dengan menteri semua ada di situ, awak kena jaga mileage.

“Sepatutnya kena fokus pada usahawan sahaja,” tutup Didie.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila video yang memperlihatkan selebriti media sosial, Kak KM menepuk punggung tiga lagi usahawan iaitu Datuk Seri Vida, Ifa Raziah dan juga Chetapotpet di khalayak umum.-GEMPAK

Didie Alias Nasihat Ifa Raziah Agar Berpada-pada, ‘Saya Akan Tegur Dia’ [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker