Anak tak mahu ambil keputusan SPM, petanda ‘pergi’ selama-lamanya
Anak tak mahu ambil keputusan SPM, petanda ‘pergi’ selama-lamanya
Kluang: “Sehari sebelum keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, arwah berkelakuan pelik mengatakan tidak mahu mengambil slip keputusan dan tak mahu berjumpa guru serta rakannya,” kata Zalina Kasan, 45.
Kelmarin, Nurshafiq Hakim Raif, 18, anak tunggal Zalina terbunuh selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah van di kilometer 40 Jalan Batu Pahat-Mersing di sini, jam 9.30 pagi.
Menurut Zalina, perubahan sikap anaknya itu sangat berbeza dengan keperibadiannya yang sebenarnya suka membantu rakannya.
Katanya, arwah sebelum itu juga sempat membantunya menghantar tempahan kuih-muih di Pejabat Daerah Kluang dan keluar semula selepas itu dengan berpesan supaya jangan melihatnya ‘pergi’ dan meminta Zalina menutup pintu rumah.
“Pagi semalam dia senang bangun berbanding sebelum ini dan terus keluar bantu saya hantar kuih, kemudian keluar lagi untuk bersarapan bersendirian dengan menunggang motosikal.
“Saya agak dia mahu ke Batu Pahat kerana dia ada seorang rakan di sana. Arwah keluar dengan memakai baju berwarna hitam dan kelabu milik ayahnya dan ketika itu terdetik di hati, saya hairan dengan perbuatannya itu, tetapi tak mengesyaki apa-apa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, meskipun bersedih dengan kehilangan anak yang satu-satunya selepas menanti kelahirannya selama enam tahun, mereka suami isteri reda dengan takdir menimpa.
“Saya dan ayahnya (Raif Ahmad, 54) saksi kebaikannya sebagai anak dan kawan yang tak sanggup melihat rakannya berada dalam kesusahan.
“Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu, dia selalu telefon saya meminta menyediakan makanan untuk rakan rakannya di asrama sekolah , kalau saya bekalkan dia seorang sahaja, dia enggan dan mahu rakannya juga merasa bekal yang sama,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa dari arah Kluang memasuki laluan bertentangan kerana cuba mengelak lori yang berhenti untuk masuk simpang jalan sebelum bertembung dengan van dari arah Batu Pahat.
“Akibat kemalangan ini, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu van seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. HM
Anak tak mahu ambil keputusan SPM, petanda ‘pergi’ selama-lamanya
Baca Artikel Menarik:
- Azmin jumpa wakil PKR di Hotel Sheraton – sumber
- Saya tak pernah setuju sertai Caely Holdings – Jovian Mandagie
- Muhyiddin dan 2 bekas menteri terima dana UKSB
- Ganja sebagai steroid ekonomi
- Makhluk menakutkan dirakam di zoo Texas
- Syamsul nak kahwin lagi? Yusof Haslam kunci mulut
- Tertekan di zaman PH, penjawat awam kini terbela
- Virus cacar monyet dalam air mani, WHO mulakan siasatan
- Setelah 10 bulan berkahwin, Nur Aini akhirnya sedar suaminya seorang wanita
- Wanita bunuh anak 4 tahun kerana cemburu rapat dengan kekasih bekas suami
- Ketahui 12 Khasiat Kegunaan Dan Petua Air Rebusan Pandan Selain Penawar Untuk Lemah Syahwat
- Suami buaya darat mati dibunuh pembunuh upahan isteri
- Bidadari badminton Denmark Alexandra Boje digilai peminat Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex
You must be logged in to post a comment.