Anak Bongsu Hamid Gurkha Sebak Imbau Kenangan….”Teringat Suara Dia Minta..”

Anak Bongsu Hamid Gurkha Sebak Imbau Kenangan….”Teringat Suara Dia Minta..”

“TAK boleh nak gambarkan perasaan itu, banyak kenangan bersamanya..,” kata anak bongsu kepada pelawak legenda Allahyarham Hamid Gurkha iaitu Nor Ashita Hamid ketika dihubungi Astro Gempak selepas pemergian bapanya semalam.



Kata Nor sebelum bapanya uzur, Hamid sering meminta anak dan cucunya berkumpul dan meluangkan masa bersama.

“Dia tinggal bersama saya. Jadi saya selalu teringat-ingat suara dia memanggil saya suruh memicit kakinya.

“Sebelum uzur dia selalu panggil anak-anak datang rumah. Sukalah dia buat makan-makan bersama-sama. Nampak dia suka bila anak-anak ada di sekeliling dia.

“Baru-baru ini pun saya sempat membawanya bercuti ke A-Famosa Melaka. Dia memang suka jalan-jalan,” katanya.



Berkongsi pengalaman terakhir menyambut Syawal dengan bapanya baru-baru ini, Nor gembira kerana arwah dapat meraikannya dengan gembira walaupun sedang uzur.

“Dia dapat sambut raya seperti biasa meskipun sedang uzur. Malah saya bersyukur kerana dia dapat berpuasa penuh,” ceritanya lagi.

Hamid menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, jam 2.19 petang semalam.



Arwah mempunyai lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Arwah juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.-GEMPAK

Anak Bongsu Hamid Gurkha Sebak Imbau Kenangan….”Teringat Suara Dia Minta..”



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?



Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker