TMJ dilantik pemangku raja

TMJ dilantik pemangku raja

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan melantik anakanda sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.

Baginda mengumumkan perkara itu ketika bertitah merasmikan mesyuarat kedua (pembukaan rasmi) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

“Saya melantik Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja, saya ingin berehat sekejap, terima kasih, mulai hari ini,” titahnya.

Bagaimanapun, baginda tidak menyebut tempoh jawatan itu akan dipegang oleh Tunku Ismail.

Kali terakhir Tunku Ismail dilaporkan memegang jawatan itu apabila baginda dilantik pada 10 Ogos 2019.

Minggu lepas, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengumumkan pengundurannya dan menyerahkan urusan harian kelab tersebut kepada pengurusan tertingginya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers pada 9 Jun lepas, Tunku Ismail berkata, keputusan itu adalah disebabkan tanggungjawab dan komitmennya yang lain. FMT

TMJ dilantik pemangku raja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker