Pesuruhjaya Pas Selangor nafi kenyataan dibuat setiausahanya

Pesuruhjaya Pas Selangor nafi kenyataan dibuat setiausahanya

Pertemuan di antara PAS dan Sultan Selangor di Shah Alam semalam hanyalah untuk mendengar titah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi menjelaskan tidak ada sebarang perbincangan berlangsung di antara dia dan Sultan Sharafuddin.



“Saya mengesahkan bahawa dalam majlis tersebut saya hanya mendengar titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan tidak ada sebarang perbincangan antara saya dengan Tuanku,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Terdahulu media melaporkan pihak istana mahu tahu pendirian PAS mengenai festival Bon Odori.

Dakwaan itu dibuat Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir kepada New Straits Times semalam.

Roslan juga mendakwa hubungan di antara PAS dan istana Selangor tidak menghadapi sebarang masalah.



“Tuanku memberikan pandangannya dan kami juga memaklumkan kami menghormati pandangan itu.

“Kami beritahu Tuanku pendirian kami dan paling penting, kami beritahu yang kami sokong sepenuhnya peranan istana dalam menyatukan rakyat,” kata Roslan.

Pertemuan di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam itu dilaporkan berlangsung selama kira-kira sejam.

Menurut Yunus apa yang berlaku bulanlah seperti kenyataan yang dibuat dan dilaporkan media semalam.



“Saya dengan ini menafikan kenyataan berkaitan pertemuan tersebut sebagaimana dilaporkan oleh New Straits Times pada 15 Jun,” katanya. Mk

Pesuruhjaya Pas Selangor nafi kenyataan dibuat setiausahanya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai



Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker