Mahkamah dimaklumkan USD669.8 juta dari putera arab

Gambar Hiasan***

 

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa sejumlah USD669.8 juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas perdana menteri Najib Razak antara 2011 dan 2013.

Pegawai Ambank, Wedani Senen, yang ketika itu bertanggungjawab ke atas pusat kiriman wang bank itu berkata, wang itu datang daripada seorang individu dikenali sebagai Putera Faisal Turki Al Saud serta dua firma asing, Blackstone Asia Real Estate Partners dan Tanore Finance Corporation.

Beliau menambah bahawa, dana itu kemudiannya ditukar kepada ringgit oleh bank dan disimpan dalam akaun Najib, yang berakhir dengan 694.

Pihak pendakwaan, dalam kenyataan pembukaannya berkata, antara 24 Feb 2011 dan 14 Jun 2011, Najib telah menerima USD20 juta yang pada mulanya bertujuan untuk usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International Limited (PSI).

1MDB pada asalnya melabur USD1 bilion untuk tujuan usahasama dengan PSI.

Pihak pendakwaan juga berkata, pada 30 Okt 2012 dan 19 Nov 2012, Najib menerima USD30 juta dan wang itu sepatutnya digunakan untuk membeli dua loji janakuasa bebas (IPP) daripada Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dan Mastika Lagenda Sdn Bhd.

Tambahnya, antara 21 Mac 2013 dan 10 April 2013, sejumlah USD681 juta daripada 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun Najib. USD681 juta itu dikatakan berasal daripada bon USD3 bilion 1MDB, yang diperoleh untuk membangunkan projek Tun Razak Exchange (TRX).

Wedani, pegawai undang-undang dari Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA), Fairudz Mohd Hanif, turut memberi keterangan hari ini.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta LFSA mendapatkan dokumen mengenai syarikat yang ditubuhkan di negara luar pesisir seperti British Virgin Islands, Seychelles, Kepulauan Cayman dan Caracao.

Fairudz berkata, Good Star Limited dan PSI didaftarkan di Seychelles.

“Good Star dibubarkan pada 2 Mei 2014 manakala PSI digulung tikar pada 8 April 2015. Mereka berkongsi alamat pendaftaran perniagaan yang sama,” tambahnya.

Blackstone Asia dan Tanore telah didaftarkan di British Virgin Islands, kata Fairudz.

Peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohamed kemudian mencadangkan supaya dokumen yang diterima LFSA tidak diperoleh melalui saluran diplomatik.

Fairudz tidak bersetuju dengan cadangan Wan Aizuddin berkata: “Dalam bidang kerja saya, kami kerap bertukar maklumat dengan pihak berkuasa luar pesisir yang lain. Itu dianggap (sebahagian daripada) saluran diplomatik.”

Perbicaraan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung pada 20 Jun.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker