Pahang rancang bangunkan projek penternakan lembu wagyu

Pahang rancang bangunkan projek penternakan lembu wagyu

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang merancang membangunkan projek penternakan lembu wagyu di Bera di Lipis.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perbincangan pelaksanaan projek Pembangunan Wagyu Pahang bersama syarikat Farm Fresh Berhad telah bermula.



Tambah beliau, projek tersebut membabitkan kos pelaburan sehingga RM12 juta dengan penternakan lembu sebanyak 12,000 ekor telah bermula

“Projek ini akan dilaksanakan di Ulu Mengkarak, Bera dan Kampung Tanjung Gahai, Lipis bagi memajukan sektor penternakan, khususnya lembu wagyu yang terkenal kerana kualiti dan keenakan dagingnya,” kata dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Wan Rosdy, pelaksanaan projek itu dapat merancakkan pengeluaran produk daging segar di negeri itu.

Beliau yang berharap perbincangan dengan syarikat berkenaan dapat direalisasikan untuk memastikan kesungguhan kerajaan negeri memperkasa sekuriti makanan, sekali gus memberi kesan langsung kepada rakyat negeri itu. MG



Pahang rancang bangunkan projek penternakan lembu wagyu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)



Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker