Mahkamah benar kerajaan, JPA rayu keputusan isytihar undang-undang pencen pindaan batal, tak sah

Tiga panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, membenarkan permohonan kerajaan untuk diberi kebenaran meneruskan rayuannya, dengan pihak-pihak bebas membuat sebarang persoalan undang-undang tambahan

PUTRAJAYA: Kerajaan dan ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan undang-undang pencen yang dipinda sebagai batal dan tidak sah.

Panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, membenarkan permohonan kerajaan untuk diberi kebenaran meneruskan rayuannya, dengan pihak-pihak bebas membuat sebarang persoalan undang-undang tambahan.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah hakim Mahkamah Persekutuan Mary Lim Thiam Suan dan Hasnah Mohammed Hashim.

Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan Liew Horgn Bin yang mewakili kerajaan dan JPA memohon mahkamah memberikan kebenaran untuk merayu atas tiga persoalan undang-undang.

Beliau berkata, persoalan itu telah memenuhi Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 kerana persoalan yang dikemukakan adalah untuk kepentingan awam.

Liew berkata, keputusan Mahkamah Rayuan itu telah menjejaskan lebih 800,000 pesara dan isu itu wajar diselesaikan Mahkamah Persekutuan.

Antara persoalannya, adalah sama ada Seksyen 3 dan 6 Akta Pelarasan Pencen 1980 seperti yang dipinda oleh Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 melanggar Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan apabila pesara gagal membuktikan pelarasan pencen yang diterima adalah sebenarnya kurang menguntungkan dari segi kewangan jika dibandingkan dengan undang-undang dahulu.

Soalan lain, adalah sama ada Seksyen 3 Akta Pelarasan Pencen 1980 seperti yang dipinda oleh Seksyen 3 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 yang membolehkan atau memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menetapkan peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang sesuai untuk digunakan kepada seseorang pegawai yang dilantik sebelum pindaan mula berkuat kuasa sekiranya keadaan yang kurang menggalakkan adalah dengan sendirinya bercanggah dengan Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Chow Siew Wai, yang mewakili pesara Aminah Ahmad, memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak membantah permohonan kerajaan untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan, dan menambah bahawa perkara itu adalah kepentingan awam yang sepatutnya diputuskan Mahkamah Persekutuan.

Pada 13 Jan, Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang memihak kepada Aminah dan memberikan pengisytiharan bahawa pindaan Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 yang berkuat kuasa mulai Jan 2013 adalah terbatal dan tidak sah kerana melanggar Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa dengan pengisytiharan itu, keadaan semasa sebelum pindaan Seksyen 3 Akta Pelarasan Pencen 1980 akan terus diguna pakai.

Aminah, yang bersara sebagai penjawat awam di Kementerian Luar, menyaman atas kapasiti peribadinya dan bagi pihak 56 pesara perkhidmatan awam, mendakwa pindaan kepada Akta Penyelarasan Pencen mengakibatkan keadaan “agak merugikan” kepada beliau berbanding dengan skim pelarasan persaraan sebelum ini di bawah Akta Pelarasan Pencen 1980.

Di bawah skim lama, pencen pesara disemak berdasarkan gaji lazim penjawat awam dalam gred tersebut. Bagaimanapun, pindaan 2013 diperkenalkan berdasarkan kadar rata dua peratus kenaikan tahunan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker