Konsert tribute kenang jasa Ahmad Nawab

Konsert tribute kenang jasa Ahmad Nawab

JASA Seniman Negara, Datuk Seri Ahmad Nawab kepada industri seni tanah air sememangnya tidak mungkin akan dapat dilupakan.

Sebagai menghargai atas sumbangan, jasa dan bakti dalam bidang muzik selama lebih setengah abad, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi agensinya Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) dan Istana Budaya (IB) bersama Bin Jamal Event Sdn. Bhd telah membawakan khas Konsert Tribute Seniman Negara, Datuk Seri Ahmad Nawab pada 1 hingga 3 Julai hadapan.

Selaku ‘orang kuat’ disebalik konsert tersebut, Datuk Jamal Abdillah bersyukur hasrat untuk menganjurkan sebuah ‘tribute’ untuk menghargai jasa dan bakti maestro muzik tersohor itu akhirnya dapat direalisasikan.

Kata Jamal, dia sudah mendapatkan ‘lampu hijau’ daripada Ahmad Nawab dan beliau bersetuju agar konsert itu diteruskan sebagai kenangan buat dirinya.

“Pada awalnya, konsert ini hampir tak diteruskan disebabkan faktor kesihatan beliau yang uzur. Untuk konsert selama tiga hari itu, kami sebolehnya mahu dia membuat penampilan istimewa pada salah hari tersebut.

“Saya ada ziarah beliau baru-baru ini dan menyatakan hasrat untuk hadir ke konsert sebagai tanda sokongan. Mungkin nanti kita akan minta beliau bermain saksofon pada akhir konsert.

“Beliau juga membuat permintaan supaya susunan muzik yang akan dinyanyikan nanti masih mengekalkan lagu asal. Tetapi kita akan perhebatkan lagi dengan muzik orkestra untuk tampak lebih gah,” katanya ketika ditemui URTV baru-baru ini.

Konsert yang akan berlangsung di Panggung Sari, IB itu akan turut menampilkan Jamal menyanyikan lagu-lagu ciptaan Ahmad Nawab yang malar segar.

Selain Jamal, penyanyi lain yang akan membuat persembahan ialah Datuk Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Wany Hasrita, Shidee, Alif Nasir dan ramai lagi.

Pada malam itu nanti, konsert tersebut akan diiringi orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Figura legenda Ahmad Nawab sudah menghasilkan lebih 2,000 lagu sepanjang kariernya sejak 50-an.

Atas pnecapaian dan bakat luar biasa yang dimiliki, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) telah menganugerahkan beliau dengan gelaran Seniman Negara yang ketujuh pada 2006.

Ini merupakan penganugerahan tertinggi negara kepada seniman khususnya dalam bidang muzik.

Beliau pernah mencipta lagu untuk penyanyi Uji Rashid, Hetty Koes Endang, Allahyarham Sudirman Arshad, Ramlah Ram dan ramai lagi.

Biarpun beralih tahun dan zaman, lagu-lagu beliau masih terus dimainkan sehingga hari ini meski kini muncul ramai komposer muda.

Konsert tersebut memuatkan 1,250 tempat duduk itu menawarkan harga tiket RM100,RM158,RM248, RM358 dan RM458.

Tiket boleh dibeli melalui www.illasoticket.com atau hubungi talian 03-21706333 untuk informasi lebih lanjut. Utv

Konsert tribute kenang jasa Ahmad Nawab


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker