Feri Terbakar Di Langkawi Kes Lama

Feri Terbakar Di Langkawi Kes Lama

LANGKAWI: Rakaman video sebuah feri terbakar di perairan Langkawi seperti ditularkan di media sosial hari ini, disahkan kejadian yang sebenarnya berlaku pada tahun 2019.

Pengarah Maritim Kedah/Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, video berdurasi 22 saat yang dimuat naik di satu laman Facebook bukan kejadian yang baru berlaku.

Katanya, syarikat pengendali perkhidmatan feri tersebut juga tidak lagi beroperasi.

“Video tersebut dipercayai sengaja ditularkan semula di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan kesan tindakannya itu terhadap masyarakat terutamanya pemain industri pelancongan di Langkawi.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan gambar dan video lama bagi mengelakkan kekeliruan dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.-AA

Feri Terbakar Di Langkawi Kes Lama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato

India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker