N9 bubar dun serentak dengan Pusat

PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia dengan sebarang kemungkinan termasuk membubarkan DUN lebih awal jika pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan selepas pembentangan Bajet 2023 Oktober ini.

Menteri besar yang juga pengerusi PH negeri, Aminuddin Harun, berkata perkara itu mengambil kira jangka masa yang hampir sehingga tempoh penggal tamat pada pertengahan tahun depan.

“Sekiranya ada pilihan raya (pada waktu itu) kerajaan negeri akan buat keputusan, jika pilihan raya pada November, ia hampir dengan tamat tempoh kita, akan pertimbangkan, tengok macam mana.



“Keenam-enam negeri akan berbincang, supaya ada keputusan bersama, sama ada pilihan raya itu disekalikan dengan pilihan raya di peringkat persekutuan dan negeri,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Semalam Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dalam kenyataan berkata, beliau menjangkakan masa terbaik untuk PRU15 diadakan adalah sebaik sahaja Bajet 2023 dibentangkan Oktober nanti.

Mac lalu, menerusi kenyataan, Majlis Presiden PH membuat keputusan dan menegaskan tiada sebarang cadangan pembubaran DUN di negeri yang ditadbir gabungan itu sehingga tamat tempoh tahun hadapan.

Sebelum itu, PAS juga memutuskan untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah sehingga tamat tempoh ketiga-tiganya jika PRU15 diadakan pada masa terdekat.



Aminuddin dalam pada itu memberitahu, beliau tetap berpandangan bahawa PRU15 perlu diadakan setelah tempoh penggal Parlimen dan DUN di negeri tamat dan tidak wajar ia diadakan ketika rakyat masih lagi memerlukan bantuan termasuk terbeban dengan peningkatan kos hidup.

“Saya harap biarlah sampai ke hujung (tamat tempoh penggal), selepas kita dapat bantu semua rakyat, kemudian kita serahkan kepada mereka dan menghormati demokrasi.

“Kita tidak mahu nanti, rakyat rasa kecewa dan apabila buat pilihan raya umum, mereka tidak keluar mengundi,” katanya.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Cik Non Viral meninggal dunia (video)

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie



#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker