RUU Pendanaan Politik: Kerajaan perlu percepatkan

 

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) menggesa agar pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik disegerakan, susulan kes rasuah yang banyak dilaporkan membabitkan tokoh politik dan tokoh utama perkhidmatan awam.

Majlis Presiden PH dalam kenyataan berkata tindakan tegas itu perlu dilaksanakan segera selain meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bawah bidang kuasa Parlimen.



“Terbaharu adalah keterangan mahkamah Mohd Sidek Hassan, bekas ketua setiausaha negara merangkap ahli lembaga penasihat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Berdasarkan laporan media, beliau menerima bayaran sehingga sebanyak RM30,000 sebulan walaupun tiada sebarang mesyuarat lembaga penasihat 1MDB diadakan.

“Ini menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana pada ketika beliau menerima bayaran-bayaran berkait 1MDB, beliau masih memegang jawatan berkenaan,” katanya.

Kenyataan bersama itu ditandatangani Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook; dan Presiden Upko, Madius Tangau.



Sebelum ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dipetik berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) bersetuju secara dasar dengan cadangan Pelaksanaan Dasar Penggubalan Rang RUU Sumbangan Politik.

Bagaimanapun katanya, cadangan itu masih perlu dibincangkan dengan ahli Jemaah Menteri sebelum sesi libat urus dengan parti politik.

Selain itu, Majlis Presiden turut merujuk keterangan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) di Mahkamah Tinggi terhadap Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin.

Dalam keterangannya, bekas pengarah UKSB itu memberitahu, Zahid telah menerima antara SGD200,000 hingga SGD520,000 sebulan manakala Khairy melalui Umno Bahagian Rembau menerima antara RM50,000 hingga RM200,000.



“Kedua-dua kes ini amat merisaukan, bukan hanya kerana ia melibatkan tokoh-tokoh politik besar tetapi juga tokoh utama perkhidmatan awam. Majlis Presiden PH mengulangi komitmen untuk memerangi rasuah,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Antara Artis Yang Rela Pilih Jadi Murtad Demi Cinta!

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie



#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker