Pelaksanaan MyMudah akan diperkukuhkan EAC – Ismail

Pelaksanaan MyMudah akan diperkukuhkan EAC – Ismail

MESYUARAT Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini bersetuju untuk memperkukuhkan pelaksanaan MyMudah di semua kementerian, agensi Persekutuan, negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan persatuan perniagaan.

Ia sebagai sebahagian cadangan bagi memudahkan urusan perniagaan di Malaysia.



Menurut Perdana Menteri, kerajaan melalui Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) akan terus berusaha untuk memodenkan peraturan-peraturan berkaitan perniagaan bagi melonjak produktiviti dan daya saing negara.

Beliau berkata, mesyuarat EAC itu turut bersetuju merancakkan lagi program uji kaji peraturan yang dikelola unit MyMudah.

Katanya, sasaran penyelesaian dikurangkan kepada 60 hari berbanding tempoh enam hingga 12 bulan sebelum ini.

“Temuduga pekerja asing akan dilaksanakan di negeri-negeri berbanding hanya di pusat sehenti Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya.



“Kerajaan akan memperkasakan pusat sehenti yang melibatkan semua kementerian dan agensi yang berkaitan proses kemasukan pekerja asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mesyuarat EAC hari ini membincangkan tiga perkara utama berhubung kait dengan sekuriti makanan, memudahkan urusan perniagaan di Malaysia dan menangani tenaga mahir dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E).

Perbincangan dipengerusikan Perdana Menteri itu turut melibatkan pembentangan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI); Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC); Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) dan wakil-wakil industri.

Mengulas mengenai isu kekurangan tenaga kerja mahir dalam sektor E&E, Perdana Menteri berkata, kerajaan secara prinsip telah bersetuju terhadap dua perkara utama.



Beliau menjelaskan, dua perkara itu adalah untuk melaksanakan program ‘Train & Place’ untuk jurutera dan juruteknik kepada 1,000 jurutera serta 1,000 juruteknik di samping memperbaiki dan mempercepat mekanisme pengambilan ekspatriat serta pekerja asing.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Sumber Manusia akan menyelaras dengan MSIA untuk segera menangani isu kekurangan tenaga kerja ini,” jelas beliau. Utv

Pelaksanaan MyMudah akan diperkukuhkan EAC – Ismail


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?



Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker